Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 Januari 2018

Selepas Disound Lim Guan Eng, Berita Harian Padam Laporan - Berita Anwar Keluar Penjara Turut Dipadamkan.

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dirinya telah memberikan amaran kepada Amanah berhubung isu pembahagian kerusi lapor Malaysiakini semalam.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah kenyataannya telah dilaporkan secara salah, jelasnya kepada wakil media di Komtar semalam.


"Saya cabar dia saman saya. Saya tidak pernah beri amaran kepada AMANAH, ini semua adalah pembohongan," katanya.

Lim Guan Eng turut berkata kenyataannya yang sering diputarbelit oleh media pro BN menyebabkan kadangkala beliau enggan melayani pertanyaan mereka.

"Kini anda faham mengapa saya tidak mahu menjawab soalan yang ditanya oleh media BN. 

"Anda juga harus faham mengapa saya mengambil tindakan undang-undang terhadap media apabila mereka melaporkan berita palsu," tegasnya.

Jelas Ketua Menteri itu lagi, apa yang beliau sampaikan ialah setiap pihak dibenarkan memberikan pandangan masing-masing namun tugas parti adalah terus menjelaskan misi yang perlu dilaksanakan untuk memenangi pilihanraya.

"Kami adalah parti demokratik, semua orang dibenarkan beri pandangan mereka, dan ada beberapa parti komponen HARAPAN yang mempunyai pandangan berbeza antara satu sama lain mengenai pembahagian kerusi. 

"Saya hanya kata kita akan terus mendengarnya dan menjelaskan kepada mereka apa yang perlu kita lakukan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang," katanya lagi.

Berita Anwar keluar penjara turut dipadam

Selain menarikbalik laporan berita Lim Guan Eng memberikan amaran kepada Amanah, Berita Harian turut dilaporkan telah memadamkan laporan berita Anwar keluar penjara Jun ini.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan di Twitternya, portal itu telah memadamkan berita mengenai Anwar Ibrahim pada 7 Januari lepas.



"Sabtu, 6 Jan : @bharianmy ada post berita dengan tajuk “Anwar bebas Jun depan”. 

Ahad, 7 Jan, artikel tu dah diturunkan. 

Nasib baik ada Google cache. Berita @anwaribrahim bebas pun takut? 😂 #BebasAnwar," kicaunya di Twitter.

Semakan mendapati sememangnya portal Berita Harian telah memadamkan kedua-dua laporan berkenaan namun tidak menjelaskan sebab penarikanbalik dibuat di laman web mereka. - 10 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...