Jumaat, 12 Januari 2018

"Saya Menyampah Najib, Saya Menyampah Mahathir, Saya Malas Undi" - Respon Non Partisan Ini Buat PH Terpukul Kaw-Kaw.

"Saya Ronasina, saya malas nak fikir panjang-panjang. Saya menyampah Najib, saya menyampah Mahathir. Saya benci Barisan Nasional, saya bosan dengan Pakatan Harapan, saya malas mengundi. Apa nak buat pada orang macam saya," - Ronasina. 

Satu dewan beri tepukan gemuruh dan bersetuju dengan pandangan tersebut. Yang membuktikan pandangan ini bukannya minoriti atau segilintir pihak sahaja.

Oleh : Ronasina 
Apabila ahli panel Hishamuddin Rais menjawab dengan garang kepada aku yang dia tak peduli dengan 'orang macam aku', di forum semalam kerana aku membangkitkan perasaan bosan dengan Pakatan Harapan dan Mahathir (selain benci dengan Barisan Nasional dan Najib), aku tiada masalah langsung kerana aku menganggap Isham hanyalah NGI (Non Govermental Individual) yang tidak terlibat dengan catur politik persekutuan parti politik Pakatan Harapan. 
Malah, di Bangsar Utama budak-budak Bangsar biasa sahaja bertempik dan bergaduh poin dengan Isham. Apatahlagi, 24 sebelum forum pun aku bersama Isham balik kampung cari durian. 
Jadi, perbezaan pendapat dengan dia tidak ada luka pun. Kepada yang hendak memanjangkan isu 'keimanan' Isham pun adalah lebih afdal mengamalkan prinsip Isham sendiri iaitu "I don't give a monkey!". Buat apa? Yang kita boleh simpulkan ialah Isham mempunyai cita-cita untuk membunuh nyawa United Malays National Organisation 'dengan apa cara sekalipun' meskipun caranya itu pelik dan jelik bagi sesetengah kita. Noktah.
Yang sebenarnya perlu lebih dibincangkan ialah apabila ahli panel BERSATU, Rais Husin menjawab aku dengan, "Saya sedih dengan anda. Moga anda jumpa keputusan dan cahaya di hujung terowong." 
Sepatutnya dia yang bersedih kerana dia menawarkan sesuatu tetapi aku (yang mewakili ramai lagi) tidak berminat. Lebih tepat lagi, aku tidak percaya dengan pakej tawaran dia. Tak stim. Kata ahli panel Nathaniel Tan, jika BERSATU ada 50 kerusi, siapakah mereka kerana bila teringat BERSATU kita tidak mampu mengingati siapa lagi watak-watak selain Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Muhyiddin.
Ramai sependapat dengan ahli panel Badrul Hisham Shaharin, jika dihadapkan antara Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan, tanpa ragu kita pilih Pakatan Harapan tetapi jika diminta memilih antara Najib dengan Mahathir, "poning palo dibuek'ey." Saranan ahli panel Haris Ibrahim untuk mencari calon bebas baik juga untuk kita ajukan ke meja perbincangan seterusnya. Ahli panel Fathi Aris Omar berkata apa salahnya memilih pun sebab akhirnya ia sama juga.. Bukan tak biasa hidup macam ini pun. Sinikal.
Ringkasnya beginilah. Pakatan Harapan perlu kendurkan keangkuhan untuk memikirkan semula strategi. Jika bapa aku menunjukkan sehelai baju dan bapa tiri aku juga mengunjukkan sehelai baju dan aku tidak mahu, kedua mereka tak perlu bersedih dengan aku yang bertelanjang. Itu sudah mangli. Bertelanjang di zaman siapa pun, sudah biasa.
Jika nak sedih, keduanya patut bersedih dengan diri sendiri kerana gagal memikirkan, memahami, mendekati keperluan aku tetapi memaksa aku tanpa pilihan sehingga aku mati kedinginan kalaupun tidak maut hangus kepanasan.
Nota - minggu depan aku dengan Isham cari durian lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...