Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 Januari 2018

Saifuddin, Nurul Izzah Jadi Sasaran Serangan Netizens Pro #UndiRosak.

NAMPAKNYA netizens pro #undirosak semakin mengganas. Kali ini Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan Ketua Setiausaha Sekretariat, Saifuddin Abdullah pula menjadi sasaran serangan netizens yang pro kepada #undirosak di akaun media sosial masing-masing.

Nurul Izzah menjadi sasaran apabila menulis, "Kerana satu undi boleh membawa perubahan! Katakan tidak pada #UndiRosak. Turunlah mengundi, laksanakan tanggungjawab kita kerana #MasaDepanMilikKita!," katanya di akaun Facebooknya semalam.


 

Bagaimanapun selepas diserang beberapa jam, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menukar kenyataannya kepada : "Kerana satu undi boleh membawa perubahan! Turunlah mengundi, laksanakan tanggungjawab kita kerana #MasaDepanMilikKita!"

Tidak membalas serangan maya itu, Nurul Izzah mengabaikan komen-komen yang mengkritiknya tanpa memberikan sebarangan respon setakat ini.

Sementara itu, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Saiffudin Abdullah diserang oleh penyokong-penyokong #UndiRosak apabila mengeluarkan kenyataan, "Saya berharap kita semua akan keluar mengundi untuk menjatuhkan Najib kleplokrat/BN & menggantinya dengan kepimpinan kolektif/PH yang menegakkan agenda reformasi. Undi rosak/boikot hanya akan memenangkan Najib/BN," katanya di Facebook.

Bagaimanapun kenyataan itu nampaknya tidak dipersetujui oleh rata-rata netizens yang dipercayai penyokong Pakatan Harapan.




Meskipun diserang hebat oleh netizens pro #undirosak, Saifuddin Abdullah tetap memberikan penerangan dan penjelasan mengapa pengundi perlu memangkah Pakatan Harapan.

Pemilihan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dipercayai menjadi faktor utama kenapa kempen #undirosak berkembang di media sosial. 

Dahulunya Mahathir adalah sosok yang paling dibenci oleh pemimpin pembangkang dan negarawan itu sering dilabel sebagai Diktator, Mahazalim dan Mahafiraun disebabkan beberapa keputusan politik yang pernah diambil oleh tokoh berkenaan termasuklah dalam peristiwa Memali, isu IPP, pemecatan Tun Salleh Abbas, pembinaan Putrajaya dan litar Sepang, tahanan politik ISA, AUKU, skandal FOREX dan kerugian jutaan ringgit PKFZ.

Bagaimanapun Mahathir diangkat kembali sebagai calon Perdana Menteri oleh pembangkang kerana pengalamannya yang berkhidmat dalam kerajaan selama 22 tahun, yang mana selama ini itulah pentadbiran yang pembangkang sendiri lawan bermati-matian dalam setiap ceramah politik mereka. - 21 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...