Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 Januari 2018

Penguatkuasa Nak Bantu Sampai Tercampak Ikan? - Alasan Bodoh MDKS Dikritik Netizens.

Selepas tularnya rakaman video penguatkuasa menolak bekas ikan di laman sosial semalam, MDKS - Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Daerah Kuala Selangor tampil memberikan penjelasan berhubung kejadian. 

Pengarahya Mohamad Yusli Askandar berkata, perselisihan faham berlaku kerana anggota penguatkuasa tersebut hanya mahu bantu alihkan halangan di laluan jalan.

Menurutnya, hasil semakan mendapati peniaga terbabit sebelum ini sudah pun dikenakan dua amaran atas kesalahan meletakkan halangan (tong ikan) di laluan pengunjung.

“Berhubung kejadian yang berlaku pada pada jam 10.30 pagi Sabtu lalu, penguatkuasa MDKS terbabit melakukan rondaan berjadual di pasar tersebut dan mendapati terdapat halangan yang menghalang laluan awam.

“Anggota penguatkuasa MDKS yang bertugas mengarahkan peniaga terbabit supaya halangan terbabit dialihkan dan berlaku sedikit perselisihan faham menyebabkan bekas berisi ikan terjatuh.

“MDKS juga kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menularkan video insiden itu,”
katanya kepada wakil media ketika diminta mengulas isu penularan video penguatkuasa yang didakwa ‘mengamuk’ ketika operasi Sabtu lalu.
 

Mohamad Yusli turut menjelaskan, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap tiga anggota penguatkuasa yang terlibat dalam insiden terbabit.

“Tiga anggota penguatkuasa itu tidak dibenarkan bertugas di lapangan dan siasatan akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin.

“Untuk makluman, MDKS sentiasa mengadakan operasi pemantauan di Pasar Basah Pasir Penambang kerana kawasan itu menjadi tumpuan awam dan pelancong.

“Selepas kejadian, MDKS juga bertemu dengan peniaga yang terlibat. Peniaga terbabit akur dengan kesalahan dan memberi jaminan untuk mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

“Ini kerana, pematuhan arahan ini penting bagi memastikan setiap pasar dalam keadaan bersih dan peniaga perlu mematuhi syarat serta peraturan penyewaan yang ditetapkan.

“Ia penting untuk mengatasi masalah halangan di laluan awam dan tidak meletakkan barang di luar petak perniagaan,”
jelasnya lagi. 


Bagaimanapun penjelasan itu nampaknya tidak dapat diterima oleh rata-rata netizens yang telah menonton rakaman kejadian.

Terang-terang melempar kau kata nak bantu? Buta ke?



Agak-agaklah nak kelentong pun MDKS..



Nampak sangat dia tolak..



Nampaknya penjelasan MDKS bukan sahaja tidak diterima malahan seperti memperbodohkan diri sendiri apabila tiada seorang pun netizens yang 'tergamak' mahu mempercayai alasan yang dikemukakan oleh Majlis Daerah berkenaan. - 16 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...