Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 Januari 2018

Mahathir, Beli Rumah 1 Juta Itu Haram, Mana Logik PM Beli Rumah Mewah Tanpa Rasuah Kata Portal UMNO.

Oleh : Mykmu.net
1. Dalam kegilaan berpolitik merebut kuasa dan harta, Mahathir Mohamad meneruskan kerja-kerja menyindir Islam untuk menjatuhkan lawannya.
2. Dulu Mahathir pernah menyindir kumpulan Timbalan beliau, Anwar Ibrahim, yang menyimpan janggut. Beliau kata Nabi tidak bercukur kerana tiada pisau cukur seperti Gillete.
3. Hari ini ketika mahu menyindir jemaah haji dibawah tajaan 1MDB, Mahathir sekali lagi menjadikan Islam bahan lawak jenaka beliau.
4. Tulis Mahathir, “Saya perlu penjelasan dari orang alim dalam agama Islam. Sesungguhnya banyaklah perkara yang mengelirukan saya berkenaan agama Islam. Di antaranya ialah berkenaan haram halal. Saya sejak kecil lagi diberitahu bahawa daging babi haram dimakan oleh orang Islam.”
“Bolehkah saya tanya jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?”
5. Seorang pemimpin Islam yang benar percaya kepada Allah tidak akan bertanya soalan mempermainkan hukum agama seperti ini.
6. Mustahil selepas 92 tahun Mahathir hidup beliau tidak tahu pengharaman memakan babi bukan kerana soalan sembelihan.
7. Sudah tentu Mahathir dan penyokongnya akan mempertahankan ia sebagai penulisan bersifat sarkastik. Namun apakah wajar untuk seorang lelaki muslim seperti Mahathir mempermainkan hukum Allah dengan pertanyaan seperti itu.
8. Mahathir mengaitkan pertanyaan tersebut dengan, “Susulan dari itu ingin saya tanya lagi. Duit yang dicuri haram atau tidak? Jika haram bolehkah duit itu dihalalkan dengan menggunakannya untuk ibadah haji atau umrah.Jika kita tidak tahu duit itu dicuri salahkah jika duit itu diguna untuk buat ibadat haji? Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika diguna untuk kerja haji.”
10. Ini adalah susulan sindiran beliau sebelum ini bahawa haji yang dibiayai oleh Yayasan 1MDB tidak sah kerana ia dari hasil curi.
11. Mahathir tidak pernah menjawab kembali persoalan kami apakah premis sebenar beliau, “Duit 1MDB dicuri atau 1MDB mencuri duit?”
12. Selama bertahun-tahun Mahathir membawa usul wang 1MDB dicuri. Namun apabila berkaitan pembiayaan jemaah Haji ke Mekah oleh Yayasan 1MDB, beliau mendakwa ia hasil kerja haram 1MDB mencuri wang.
13. Kerakusan dan ketamakan kuasa dan harta membuatkan Mahathir tidak lagi peduli kebenaran dan logik.
14. Beliau akan menyebarkan fitnah dan adu domba apa saja untuk mengelirukan rakyat.
15. Sebelum Mahathir mempertikaikan halal haram babi dan haji tajaan 1MDB, Mahathir perlu sedar rumah mewah beliau di The Mines yang dibeli dengan nilai RM 1 itu adalah haram.
Rumah Mahathir dari pandangan jauh - Anak Sungai Derhaka
16. Di mana logik seorang Perdana Menteri beli rumah mewah dengan harga RM 1 tanpa sebarang balasan rasuah?
17. Untuk Mahathir jika pada usia 92 tahun masih keliru dengan hukum qatie dan dan hukum ijtihad dalam Islam maka belajarlah kepada ilmuwan bukan menulis dalam blog sehingga merosakkan imej agama.
18. Jangan membohonglah persoalan-persoalan kamu tersebut tidak pernah dijawab. Kitab-kitab perbahasan ilmu Islam terlalu banyak telah membahaskannya.
19. Cuma kamu tiada masa membaca kerana terlalu taksub dengan harta, pangkat dan kroni dunia.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...