Rabu, 31 Januari 2018

Hanya Kerana Taknak Mengundi Pakatan Harapan, Aktivis Ini Dicaci, Diaibkan, Dimalukan Oleh Pro DAP.

PENJELASAN telah dibuat. Beberapa kali Maryam Lee mengatakan ia. Jika kamu mahu undi saya, maka kamu perlu bekerja untuknya.

"Saya melihat tiada beza antara BN dan PH. Mereka keanak-anakan.

Adakah PH bersuara apabila PPBM bersikap homophobic dan rasis? PH mendiamkan diri. Tiada seorang pun dikalangan mereka yang menegur budaya ini.

PH dan BN berbeza nama tetapi mereka mempunyai pendekatan (polisi) yang sama," demikianlah luahan Maryam Lee di forum #UndiRosak - Kau Nak Apa Sebenarnya? yang dianjurkan oleh NGO Perpaduan pada 25 Januari lepas.

Forum yang dianjurkan itu mendapat hebahan dan liputan meluas media-media tempatan dan menjadi perdebatan dikalangan penyokong pembangkang dan kerajaan di media sosial.

Kenyataan Maryam dan Hafidz yang menyokong hashtag #undirosak dikritik oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya oleh golongan berpartisan.

Sesetengahnya beranggapan kempen #undirosak ini mempunyai gerakan tersusun dan ditaja oleh pihak tertentu misalnya Art Harun ataupun nama sebenarnya Azhar Harun.

Paranoid dan fobia adalah reaksi yang ditunjukkan oleh kebanyakan pemimpin dan penyokong partisan ketika ini.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir misalnya mendakwa gerakan #undirosak didalangi UMNO. Manakala Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengatakan #undirosak tidak demokratik. Pemimpin nombor satu PAS pula, Tuan Guru Hadi Awang berpendapat #undirosak bukan cara Islam.

Diserang bertubi-tubi dalam #undirosak, maka sesetengah dari yang menyokong #undirosak meminta bukti dimana mereka dibiayai oleh UMNO.

Ramlee : "Mana bukti UMNO bayar wang? Pakatan Harapan menuduh kena hadirkan bukti. Ke dah jadi halal fitnah orang sebab Pakatan Harapan bersama Mahathir? At all cost boleh fitnah, kutuk, tuduh, caci orang semata-mata sebab nak kan kuasa? Pandai tuduh pandailah bagi bukti. Belum menang dah fitnah dan sekat suara demokrasi rakyat. Kalau dah menang? Kuku besi kembali lagi," katanya.

Faraq : "Pakatan Harapan dan PAS UG ke? Sepakat dalam isu #undirosak. Kalau PAS sepakat dengan UMNO dalam isu melayu dan Islam didakwa UG. Sekarang PAS dan PH sepakat mengutuk dan melabel #undirosak. Adakah PAS dibayar PH 90 juta untuk membela PH yang hampir kelemasan sebab tongkang kuasa mereka pecah?," sindirnya.

Sementara itu Harris Nasril mendakwa, Mahathir sendiri pernah menjalankan kempen undi rosak pada PRU ke 12.

"Dia buat boleh, kita buat jadi salah," katanya.

Baca : Ini Bukti Mahathir Pun Pernah #UndiRosak Pada PRU Ke 12.

Maryam Lee, aktivis wanita yang muncul di forum yang membincangkan isu #undirosak pula menjadi mangsa serangan dan kecaman teruk oleh rata-rata penyokong Pakatan Harapan.

"Mungkin kerana dia wanita, mungkin kerana dia muda, maka dia sasaran mudah," kata sesetengah netizens yang kesal dengan serangan keterlaluan yang diterima Maryam. 


Antara yang ramai menyerang Maryam secara peribadi sehingga ke tahap melucah dan mahu merogolnya ialah penyokong-penyokong DAP.



Melutut jika Pakatan Harapan kalah


Sesetengah dari netizens juga mahu Maryam melutut dan dihukum dihadapan mereka jika Najib dan rejim Barisan Nasional memenangi pilihanraya atas alasan #undirosak merupakan satu tindakan kebodohan.

Dah sokong Akta Hasutan pula


Flip-flop. Kejap membantah akta hasutan. Kejap menyokong akta hasutan dikenakan kepada pihak yang tak bersetuju dengan mereka. 

Melihatkan nilai politik yang tiada beza dengan BN, gerakan #undirosak ini mendapat peluru demi peluru untuk menembak tepat ke Pakatan Harapan yang disifatkan sebagai hipokrit, bias, tidak meraikan hak demokrasi pengundi, diktator, menghukum dan menyekat hak kebebasan bersuara.

Paksa undi PH ialah jenayah

Bagaimanapun tindakan menghukum kumpulan #undirosak membiakkan penentangan dari sesetengah golongan atas pagar yang bersimpati dan meluat dengan perangai taksub penyokong partisan.

Ada netizens yang melihat serangan dan ugutan ke atas #undirosak merupakan satu elemen pemaksaan agar pengundi-pengundi ini pergi mengundi dan mesti memangkah Pakatan Harapan.

Dan ini menurut mereka merupakan satu jenayah dan harus dilaporkan kepada pihak polis. 

Sesiapa sahaja harus dibenarkan untuk memilih mana-mana calon yang disukainya di atas kertas undi sekalipun mereka mahu membuat undi rosak, hak mereka diraikan dan tiada sesiapa berhak menyerang, menempelak, mencaci maki, super impose, mengugut, meletakkan doktrinisasi, memaksa, menekan, menghukum pengundi-pengundi ini. 

Sekali lagi kami ulang : "Jika anda mahu undi, bekerjalah untuknya," - Maryam Lee.- 31 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...