Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 28 Januari 2018

Gambar2 & Video PPBM N9 Mengamuk, Menjerit, 'Langgar' DSWA Kerana Marah Dapat Kerusi Sikit.

Konvesyen Pakatan Harapan N9 hari ini menjadi huru hara selepas beberapa ahli parti PPBM - BERSATU mengamuk menyuarakan kemarahan disebabkan PPBM hanya mendapat 6 kerusi di peringkat DUN Negeri Sembilan.






Pakatan Harapan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan agihan kerusi;

1. PKR (12 kerusi) : Jeram Padang, Sikamat, Ampangan, Juasseh, Pilah, Labu, Rantau, Chuah, Bagan Pinang, Port Dickson, Gemas dan Sungai Lui. 

2. DAP (11 kerusi) : Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Rahang, Mambau, Senawang, Bukit Kepayang, Lukut dan Repah. 

3. Amanah (7 kerusi) : Serting, Johol, Klawang, Lenggeng, Paroi, Senaling dan Kota. 

4. Bersatu (6 kerusi) : Palong, Sri Menanti, Chembong, Gemencheh, Pertang dan Bagan Pinang.

Menurut Malaysiakini pula, anggota BERSATU yang tidak berpuas hati cuba merempuh pentas ketika Datuk Seri Wan Azizah sedang berucap bagi membuat bantahan sebelum ditenangkan Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 

"Ketika menjelaskan peruntukan kerusi kepada anggota BERSATU selepas itu, Mukhriz memahami BERSATU Negeri Sembilan mendapat peruntukan kerusi yang sedikit, tetapi katanya ia diputuskan bagi tujuan yang lebih besar. 

"Beliau berjanji untuk menyampaikan rasa ketidakpuasan hati anggotanya kepada kepimpinan pusat parti itu," petik laporan tersebut. 

Di laman sosial rata-rata penyokong Pakatan Harapan menyalahkan UMNO dalam insiden berkenaan malahan ada pihak yang mendakwa anggota BERSATU yang mengamuk itu sebenarnya diberikan dedak.

"Bawa perangai lama parti UMNO. Budaya UMNO subur sangat sukar nak buang dah," kata Khalid.

"Cuba check wajah lelaki ini. Tengok betul ke tak dia anggota PPBM. Cuba fikir kenapa dia mengamuk. Mungkin ada yang dah sumbat dedak," respon Anast pula.

"Dah biasa dah. Asal nak PRU mesti timbul cerita-cerita begini. Master plannya siapa kalau bukan parti belah sana," tulis Norul.

"Kenapa pakcik ni? Tercekik dedak ke?," komen Aimi.

"SPY pun boleh jadi. Acah-acah masuk pembangkang konon nak berjuang tapi senyap-senyap bagi maklumat kat musuh. Musuh suruh berlakon dia berlakon la. Musuh pada kita tapi boss pada dia," tulis Haizal.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...