Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Januari 2018

Dek Ikan Keli Separuh, Ahmad Maslan Jadi Bahan Sindiran Netizens.

SEMALAM, Ahli Parlimen Pontian yang juga Timbalan Menteri MiTi, Datuk Ahmad Maslan telah berkongsikan gambar beliau menikmati juadah tengahari yang serdahana dan kerakyatan.

"Makan tengahari nasi bungkus di ofis. Nasi separuh, telur masin separuh, ikan keli separuh, sayur sedikit. Jaga badan dengan jaga makan. Beringat sebelum kena. Moga Allah sihatkan badan jadi dapat beri khidmat kepada rakyat dengan berkesan. Balik kerja nak bersenam. 3 hari tak sempat. Sibuk," kicau timbalan menteri berkenaan di Twitternya.

Bagaimanapun niat baik menteri berkenaan yang mengajak masyarakat untuk menjaga badan dengan kawal pemakanan dan bersenam tidak menerima respon yang positif dari rata-rata netizens yang mengikuti ciapan tersebut.

Sesetengah netizens bukan sekadar mempersendakan menteri berkenaan malahan mempersoalkan dimanakah beliau membeli ikan keli separuh itu.

"Datuk beli ikan keli separuh tu kat mana? Kongsikan nama kedai please," respon Mnajem seperti menyindir. 

"Telur masin separuh tu biasalah. Ada ke orang jual telur masin sebiji-sebiji? Macam mana nak makan? Muahahaha," balas Roy pula.

"Ikan keli tu bukan separuh datuk," ciap John pula.

"Itu bukan separuh hamlau , itu hang buang kepala, macam leher hang lah kemana ntah menghilang," tulis Rusdin. 

"Dia neh sebenarnya buat lawak ke apa?" soal Raynerisrare pula.

Walaupun disindir teruk, Ahmad Maslan tidak membalas walaupun satu dari komen-komen yang bertanyakan lokasi kedai yang menjual ikan keli separuh itu. Ini kerana menjual ikan separuh adalah sesuatu yang luar biasa peliknya. Adakah benar-benar wujud pekedai sebegini yang membuat netizens ingin mengetahui lokasi kedai berkenaan.

Berdasarkan kepada gambar, hanya kepala ikan sahaja yang tidak kelihatan. Tidak dapat dipastikan apa yang dimaksudkan oleh menteri berkenaan dengan ayat - ikan keli separuh. - 10 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...