Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 Januari 2018

Dan Kenapa Saya Akhirnya Memilih Untuk Rosakkan Undi - ZainulFaqar.

Oleh : Zainulfaqar Yaakob
#UndiRosak tak demokratik, menguntungkan BN?
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial
Wacana Politik | Mylapore (Mayilāppūr) adalah satu hub kebudayaan di Selatan Bandar Chennai, pusat bandar Tamil Nadu, India.
Pada tahun 2016, BJP, parti pemerintah di India - seperti UMNO BN yang memerintah Malaysia - telah menamakan K Nagarajan sebagai calon pilihan raya bagi kawasan Mylapore.
Selepas proses pengundian secara elektronik, Nagarajan hanya mendapat 1,417 undi dan mampu berada di kedudukan keenam sahaja.
Itu, adalah rekod kali kedua beliau tewas walaupun bertanding atas tiket parti pemerintah yang begitu hebat.
Lebih menarik, 1,417 undi yang beliau dapat adalah jauh lebih sedikit berbanding NOTA sejumlah 2,373 undi.
NOTA atau “None Of The Above” bukan nama calon atau parti yang bertanding, untuk rakyat pilih.
NOTA adalah lambang pengundi mengambil bahagian dalam proses pilihan raya dan memilih untuk #UndiRosak.
Di India, NOTA atau #UndiRosak dianggap sebagai satu pilihan, yang boleh dilihat dan dipilih ketika membuat pengundian secara elektronik.
Di India, NOTA atau #UndiRosak ini tidak akan dianggap sebagai anti demokrasi.
Di Malaysia sahaja, anak muda yang meledak mesej #UndiRosak akan digambarkan “tidak menggunakan kuasa mengundi yang ada pada tangan rakyat setiap lima tahun sekali”.
Pada PRU14 ini, BN dan Pakatan Harapan sudah memuktamadkan pilihan seorang calon Perdana Menteri.
Jika tidak mahu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, pengundi dipaksa untuk bersama rejim kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak. Tidak ada pilihan yang ketiga.
Namun pada PRU14 ini, saya memang berkempen #UndiRosak dalam kampung halaman saya, jika penyandang YB Ong Chin Wen masih dicalonkan sebagai ADUN Bukit Tengah.
Sebagai penyokong Pakatan Harapan, saya sama sekali tidak akan mengerah anggota keluarga dan rakan sekampung saya untuk memberi undi kepada Barisan Nasional.
Kalau ADUN Bukit Tengah yang malas turun padang serta suka membuat ‘onar politik’ dalam DUN dan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang pun tidak digemari, ahli politik BN yang lebih pemalas dan hanya muncul pada musim pilihan raya lagi-lagilah tidak disukai.
Kempen #UndiRosak ini sedang berjalan di KADUN Bukit Tengah sahaja. Di Kebun Sireh, Kampung Siam, Kampung Gambir, Kampung Tok Panjang dan Juru telah ada wakil ‘pemberontak maya’.
Ini kempen terpencil di Bukit Tengah sahaja. Percaya lah bahawa kempen terpencil ini tidak akan menjejaskan sokongan terbanyak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bakal perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, di peringkat nasional.
Ini kempen #ManifestoMerah, iaitu kempen yang sememangnya akan menguntungkan rakyat terbanyak di KADUN Bukit Tengah berbanding segelintir puak politikus yang seangkatan dengan YB Ong Chin Wen.
Jangan anggap aksi #UndiRosak ini tidak demokratik pula, walaupun tidak ada ruang NOTA atau #UndiRosak untuk pengundi pangkah ( X ) atas kertas undi PRU14 di Malaysia nanti.
Setuju?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...