Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Januari 2018

Adakah Rakyat Berhak Dicerca Jika Tidak Mengundi Kerana Tiada Pilihan Calon Pemimpin Yang Bagus Soal Aktivis Wanita.

Bell Hooks, seorang feminis kulit hitam di Amerika mengatakan 'Being Oppressed Means the Absence of Choices'.
Absence of choices atau ketiadaan pilihan itu sebenarnya adalah suatu bentuk penindasan.
Apabila para feminis berjuang untuk mendapatkan hak mengundi, ia bukanlah perjuangan untuk MEMAKSA wanita (atau lelaki) untuk mengundi.
Perjuangan itu adalah tentang HAK PILIHAN , yakni hak wanita untuk memilih untuk mengundi jika dia mahu.
Sebelum itu, pilihan itu tidak wujud atau malah dilarang / diharamkan sama sekali.
Ia sepertilah di kerajaan Arab Saudi yang sehingga di zaman millenium ini, kuasa negara masih mengekang, melarang atau mengharamkan para wanitanya untuk mengundi. Bermakna - PILIHAN wanita untuk mengundi telah ditutup rapat dan dikambus sama sekali.
Ketiadaan pilihan seperti di Arab saudi inilah yang dimaksudkan sebagai suatu penindasan.
Namun, sekiranya rakyat, termasuk wanita, berpendapat bahawa parti-parti atau calon-calon politik yang bertanding semuanya tidak boleh diharap, tidak berprinsip, gila dan rakus kuasa, mengamalkan rasuah dan kronisma, tidak peduli kehendak rakyat dan sebagainya - maka ia bermakna rakyat juga telah KEHILANGAN PILIHAN untuk memilih kerajaan yang baik yang boleh menjamin kesejahteraan hidup mereka.
Ketiadaan pilihan itu juga boleh menjurus pada penindasan terhadap rakyat.
Jika keadaan sedemikian berlaku dan rakyat memilih untuk tidak mengundi akibat ketiadaan pilihan calon-calon pemimpin yang bagus untuk rakyat - apakah negara atau pihak berkuasa berhak untuk menghukum, mencerca atau 'demonise' rakyat yang memilih untuk tidak mengundi?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...