Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 Januari 2018

40 Kerusi Dah Jadi Macam Ali Baba & 40 Penyamun Sindir YB Amanah Pada PAS.

Oleh : Peguam PAS Dulu (YB Hanipa Maidin)  
#Siri bedal Puak Perasan Suci
40 kerusi atau 40 penyamun?
1.Pemimpin tertinggi parti suci dilapor oleh media jika parti suci boleh menang 40 buah kerusi dlm PRU 14 nanti,maka parti itulah akan jadi tempat kebergantungan parti lain yang akan bentuk Kerajaan.
2. Dengan ada 40 kerusi itu, kata beliau, parti suci boleh minta macam-macam kerana ada pengaruh.
3. Walaupun kata-kata beliau itu tidak didengar suaranya, namun suaranya, bagi saya, adalah bernada negatif kerana ia bernada dan bernafas ala ala a Kingmaker.
4. Apa pun, bagi saya, teori 40 kerusi yang berjenama dan berperanan kingmaker tu hanya boleh berlaku berasaskan premis berikut :-
- jika parti suci disokong oleh pengundi hingga berjaya menang 40 kerusi. Jika dapat hanya 04 kerusi sahaja, maka no king no maker lah nampaknya.
- Saya tak nampak macam mana parti suci boleh dapat 40 buah kerusi dalam PRU 14 nanti dengan gaya dan style politik yang mereka pegang sekarang- selalu bagi "nyawa" kepada BN, berkecuali dalam keadaan berkecuali tidak diperlukan dan pelbagai aksi kamikazi politik yang lain.
5.Saya juga tak pasti pemimpin parti suci sedar atau tidak berperanan sebagai kingmaker dalam politik itu hakikatnya berkonotasi negatif-seperti orang kata penculik yang ugut seseorang dengan wang tebusan (holding somebody to ransom).
6.Persoalannya, jika guna peranan sebagai kingmaker untuk misalnya ugut parti lain yang nak bentuk Kerajaan (dengan sokongan 40 kerusi parti suci) untuk minta laksanakan hukum Islam misalnya, adakah itu kaedah yang sesuai dan boleh sebabkan orang lebih hormat kepada Islam. Kalau ya, terpulanglah..tapi, bagi saya, maaflah saya ragui cara itu boleh sebabkan orang lebih tertarik dan minat dengan Islam. Macam cara orang gedebeh je, bagi saya lah.
7. Adakah dengan dedah awal-awal lagi tentang pengaruh yang ada dengan kuasa 40 kerusi yang parti suci miliki itu menyebabkan orang makin berminat atau sebaliknya untuk bentuk Kerajaan dengan parti suci. Mungkin orang makin takut dan makin tidak berselera nak adakan Kerajaan bersama dengan parti suci . Takutnya ketika itu, 40 kerusi dah bertukar jadi macam Ali Baba dan 40 penyamun.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...