Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 Disember 2017

Sampai Bila Nak Pertahankan Isa Samad, Rakyat Dah Bosan - Surat Terbuka Untuk Najib Razak.

Surat terbuka.
Nama : Faisal Arifien bin Mohamed Kassim
Alamat : No 34, Blok 3, Felda Tenggaroh Satu, Jemaluang 86810 Mersing, Johor
Tarikh : 26 Disember 2017
Kepada :
YAB DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.
EMAIL : najib@pmo.gov.my
FAKS : 03 – 8888 3973
SURAT TERBUKA KEPADA PERDANA MENTERI BERKENAAN KEBOSANAN RAKYAT DALAM KES MELIBATKAN ISA SAMAD

Federal Land Development Authority (Felda) merupakan insitusi di bawah kerajaan yang paling kaya satu ketika dahulu, kini hancur oleh kerana kesalahan YAB Perdana Menteri melantik Isa Samad bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang korup untuk menerajuinya. 
Semenjak Isa Samad menerajui FELDA banyak kerugian dan kehilangan harta direkodkan. Janganlah YAB Perdana Menteri buat tidak tahu kerana bukan satu atau dua tetapi beratus aduan telah diajukan sebelum ini termasuk dari mereka yang pro kerajaan berkenaan tingkah laku Isa Samad dan isterinya yang memperlakukan FELDA umpama harta mak bapa mereka sendiri.
Isa Samad ini mempunyai rekod buruk sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Pendedahan bukan sahaja balak, tanah dan projek malah bagaimana pantai Port Dickson telah diberikan geran atas nama tauke cina yang rapat denganya telah didedahkan sebelum ini. Klik http://chegubard.blogspot.my/search…
Ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan juga dia sangat korup. Banyak kes dilindungi malah pada masa yang sama dia telah didapati korup dalam pemilihan agong Umno selepas memenangi kerusi Naib Presiden Umno. Ini membawa erti majoriti perwakilan yang mengundi dia ketika itu juga korup. 
Isa Samad telah berjaya membuktikan Umno itu sangat korup. Namun begitu, bukan sahaja SPRM gagal bertindak, Peguam Negara juga gagal berbuat sesuatu ketika itu menyebabkan dia selamat dengan hanya digantung keahlian Umnonya dan kemenangannya dibatalkan.
Namun dia telah kembali dengan lebih gagah dengan dilantik mengetuai institusi paling kaya iaitu FELDA. Melantik bapak korupsi di lubuk kekayaan bumiputera ialah satu tindakan paling gila. Ratusan laporan salah guna kuasanya disenyapkan.Namun apabila kemuncak korupsi sangat menjolok mata, dia diberhentikan tetapi tetap juga diselamatkan dengan diberikan pula kerusi empuk di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ia mengundang bukan sedikit kemarahan rakyat. Kebencian semakin meluap-luap. Maka, sebagai penenang sebentar, dia ditahan bersama bekas ‘pembawa beg’nya yang juga kini pemimpin kanan parti Mahathir berlogo bunga raya. http://chegubard.blogspot.my/…/sprm-patut-tangkap-tuan-beg-…
Siasatan jelas kerana kerugian sejumlah wang yang sangat besar dari kantung FELDA adalah daripada membeli hotel yang jauh lebih murah nilainya. Siasatan ini dilihat hanya sandiwara semata-mata kerana dari awal Ogos sehingga kini masih tidak ada pendakwaan. Mustahil kes melibatkan sejumlah wang sebesar itu tidak dapat dicari siapa melakukan kesalahan.
Dalam kes terbaru, sangat memalukan bagi agensi kerajaan seperti Polis, menjadi bahan ketawa apabila Polis seperti dilaporkan media, gagal mencari Isa Samad kerana dikatakan telah berpindah rumah sedangkan pada masa yang sama wartawan mampu menunggu Isa Samad dari balik berpoya - poya di luar negara serta, dia juga hadir kemudiannya mempengerusikan mesyuarat Umno Teluk Kemang selain beberapa majlis rasmi secara terbuka. 

SPRM juga menjadi bahan ketawa bila sepantas kilat mengeluarkan kenyataan kes menjual tanah, tanpa FELDA memperolehi duit hasil jualan, bukan korup tetapi hanya kelemahan pentadbiran.
Maaf kepada YAB Perdana Menteri jika saya berterus terang sahaja di sini. Untuk makluman YAB Perdana Menteri, cakap – cakap rakyat dibawah kekebalan Isa Samad daripada pendakwaan ini berlaku adalah kerana ada kaitan dengan ‘Lagenda Kisah Port Dickson’
Kononnya YAB Perdana Menteri pernah ditangkap ‘khalwat’ di Port Dickon bersama artis terkenal dan tangkapan itu telah ‘diselesaikan’ dan ‘ditutup’ oleh Isa Samad yang ketika itu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. 
Bagi saya itu kisah peribadi dan saya juga tidak berminat dengan cara selak kain seperti ini, namun hari ini rakyat makin percaya ‘lagenda’ ini benar wujud dan inilah yang menyelamatkan Isa Samad selama ini.
Ikhlas dari saya buat YAB Perdana Menteri, kes Isa Samad ini sangat menjolok mata dan melampaui batas. Keperihatinan saya ialah masa depan peneroka dan harta peneroka FELDA, titik peluh peneroka FELDA yang telah dikhianati oleh Isa Samad. 
Cabaran buat YAB Perdana Menteri kini ialah perlu segera adanya pendakwaan dan hukuman setimpal terhadap Isa Samad. Harta titik peluh peneroka perlu dipulangkan segera. Tidak kira ia melibatkan pemimpin Umno atau pemimpin pembangkang yang lain, seret sekali mereka ke muka pengadilan.
Sangat faham Isa Samad mungkin akan memilih pentas pembangkang kemudiannya, bagi membela dirinya seolah - olah beliau tidak bersalah. Seperti biasa, pembangkang khususnya Pakatan Harapan pasti akan menerima dia , menyucikan dan menjadikan dia hero, malah kemungkinan akan dinobatkan sebagai calon bakal Menteri Besar Negeri Sembilan. 
Walau apa pun yakinlah, rakyat tidak buta dan bodoh. Jika YAB Perdana Menteri tidak salah dan lagenda kisah PD itu hanya lagenda propaganda musuh politik YAB Perdana Menteri selama ini , maka bertindaklah dakwa Isa Samad segera.
Pilihan ditangan YAB Perdana Menteri kini, dakwa Isa Samad dan buktikan lagenda kisah PD itu cuma lagenda ciptaan imiginasi musuh politik sahaja. Saya yakin jika Isa Samad serta kuncunya didakwa dengan dakwaan setimpal dan usaha mengembalikan harta FELDA yang hilang dimulakan, doa dan sokongan warga FELDA seluruh negara teguh dibelakang YAB Perdana Menteri. Malah saya dan ramai lagi akan menjadi saksi tuduhan bahawa 'YAB Perdana Menteri takut Isa Samad kerana lagenda kisah PD' hanya dongeng musuh politik semata.
Jujur dari saya, surat ini tidak memerlukan balasan cukup dengan tindakan ke atas ISA Samad.
Sekian dan terima kasih.
*** Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap penulisan surat terbuka ini. Pandangan penulis adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya mewakili pihak pentadbir. Atas nama kebebasan bersuara pihak pentadbir akan menyiarkan semua pandangan tanpa tapisan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...