Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 17 Disember 2017

Mungkin PAS Tak Menang Banyak Tapi Tak Mustahil PAS Jadi PM - Nik Amar.

Disebalik tanggapan mengatakan Pas bakal kehilangan banyak kerusi dalam PRU 14 nanti, pimpinannya menyuarakan keyakinan keajaiban politik boleh berlaku.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pada zahirnya pendekatan yang dibawa Pas mengundur bagi mata pandangan orang ramai, tetapi beliau yakin agenda Islam yang dibawa mampu memenangkan parti ini.

Malah, beliau  menjelaskan, sekiranya dikehendaki ALLAH SWT, pimpinan  Pas mampu diangkat sebagai Perdana Menteri dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia lapor Sinar Harian.

Mengambil contoh situasi politik di Kelantan, Timbalan Menteri Besar itu berkata, Pas berjaya mengalahkan Umno dengan jumlah 30-0 pada 1990, walaupun hanya mampu mendapat dua kerusi pada 1978.

"Pada tahun 1978 orang yang menjatuhkan Pas adalah Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi beliau juga yang menjatuhkan Umno pada 1990, siapa boleh fikir, banyak benda pelik berlaku dalam Pas dan diluar pemikiran manusia"

"Sama juga di Johor, pada 2004, Pas mendapat satu kerusi di negeri itu apabila wakil Umno salah isi borang, tiada siapa yang mejangka, tetapi sekiranya ALLAH SWT mahu ia berlaku.

"Pilihan raya akan datang, Pas mungkin tak (menang) banyak, tetapi tidak mustahil kalau Perdana Menteri adalah Pas, jangan rasa pelik, yang penting ahli kena yakin kepada pimpinan parti," katanya dalam ceramahnya di Pengkalan Kubor malam kelmarin.

Beliau berkata, apa yang penting, ahli Pas perlu istiqamah dalam perjuangan dan tidak sesekali terpengaruh dengan hasutan yang mahu merosakkan parti itu, termasuk dari bekas serpihannya, Amanah.

"Yang penting dalam perjuangan jangan berhenti, jangan rasa lelah dan kecewa, boleh jadi hari ini tidak menang, tetapi lusa menang, tak menang lagi mungkin  zaman anak cucu, tetapi keyakinan Islam itu akan menangkan parti," katanya.


Beliau dalam masa yang sama berkata, ketika ini  hanya Pas berada dalam keadaan 'sihat' setelah  Pakatan Harapan dan BN mempunyai masalah dalaman sendiri.

Beliau berkata, Pakatan Harapan dibelenggu dengan masalah kepimpinan, termasuk isu Tun Dr Mahathir Mohammed yang jelas mempunyai rekod yang tidak baik dalam kepimpinan negara.

Bagi BN pula dakwanya, masalah dalaman parti itu meruncing dan menunggu masa untuk meletup sehingga Perdana Menteri terpaksa menangguhkan pengumuman pilihan raya umum.

"Hanya Pas sahaja berada dalam keadaan terbaik setelah ahli yang bermasalah telah dibersihkan, dengan cara itu kita sudah kembali sihat," katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...