Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Disember 2017

Kem Bera Belum Siap, Tapi Ada 1234 Pengundi Berdaftar - SPR Tolak Bantahan Kata Kem Dah Beroperasi.

KENYATAAN MEDIA

1. Pada Selasa 5/12/2017 jam 9 pagi, saya telah mengiringi pembantah Norazlan Zain ke Pendengaran Siasatan Awam Bantahan Daftar Pemilih Baharu untuk lokaliti Kem Bera yang menempatkan 1234 pengundi tentera.

2. Selesai pendengaran di hadapan Pendaftar SPR Pahang Datuk Zamree Hamli, bantahan telah ditolak dengan kos dan Orang Kena Bantah (OKB) telah dimasukkan kedalam daftar pemilih.


Gambar - Bersih 2.0
3. Bantahan dibuat berpandukan keadaan fizikal kem tersebut yang masih dalam pembinaan, dah dijangka siap pada Julai 2018.

4. Selepas penghakiman menolak bantahan, Pendaftar SPR telah memaklumkan kepada hadirin bahawa alasan penolakan adalah kerana SPR mempercayai kesemua pemilih tentera bersama pasangan mereka menginap di kem tersebut dan kem tersebut telah beroperasi sepenuhnya.

5. Tinjauan kami ke lokasi kem mendapati tiada tanda2 kem telah beroperasi dan kami tidak dibenarkan masuk untuk meninjau kuarters tentera atas alasan kawasan larangan.

7. Walaupun bantahan telah ditolak, saya menuntut agar SPR dan Kementerian Pertahanan menunjukkan bukti bahawa kem Bera telah beroperasi dan pasukan tentera bersama pasangan mereka seramai 1234 orang telah menduduki kem berkenaan.

8. Kegagalan pembuktian ini akan menjejaskan lagi persepsi rakyat bahawa SPR tidak bersih dengan bertindak atas arahan pihak kerajaan Barisan Nasional demi kepentingan survival politik mereka.

Zakaria Abdul Hamid
Ketua Cabang KEADILAN Bera
Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...