Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Disember 2017

Apa Khabar Lebuhraya Rakyat - Soal Ketua Pemuda Amanah Kepada PAS.

Oleh : Hazmi Hassan
APA KHABAR LEBUH RAYA RAKYAT?
Dato' Mohd Amar Timbalan Menteri Besar Kelantan pernah memberitahu bahawa sebuah bangunan pun tidak boleh siap dalam masa 100 hari. Beliau mengulas dakwaan Prof Agus yang menyatakan kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa perubahan selepas menang Pilihan Raya Umum 13 (Pru13).
Hari ini sudah lebih 4 tahun Pas menang Pru13 di Kelantan namun pentadbiran masih seperti dulu. Tidak ada apa-apa perubahan yang besar selain hanya ikut pentadbiran yang telah ditinggalkan Almarhum Tok Guru.

Lebuh Raya Rakyat antara janji terbesar Pas pada Pru13. Dimana majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Almarhum Tok Guru pada 28 Mei 2012.
Wakil Kerajaan Negeri Kelantan memberitahu pada persidangan Dewan Undangan Negeri bahawa Lebuh Raya Rakyat dijangka siap 3 Disember 2017. Pembinaan Lebuh Raya Rakyat ini mengetengahkan sistem wakaf dan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri tanpa kutipan tol.


Hari ini saya ke Kampung Berangan Mek Nab, Machang untuk melihat sendiri perkembangan Lebuh Raya yang merupakan senjata utama menghadapi Pru13.
Saya mencari batu asas dimana tempat Almarhum Tok Guru merasmikan projek ini. Almarhum Tok Guru begitu yakin bahawa projek dapat disiapkan dimana Dato' Haji Husam Musa diamanahkan almarhum untuk menyiapkan projek ini.
Namun sehingga kini projek Lebuh Raya Rakyat masih tidak siap dan terkini projek ini seperti dilupakan terus tanpa berita terkini. Walhal inilah diantara harapan besar Almarhum dimana Kelantan satu-satunya negeri yang membina sendiri sebahagian lebuh raya.
Banyak persoalan yang timbul apabila saya sampai sekali lagi di tapak majlis pecah tanah tersebut.
1) Kenapa laluan yang dibuka berhenti separuh jalan dan ada projek penanaman pokok getah oleh Felcra. Adakah pihak kerajaan masih tidak selesai hal pengambilan tanah?
2) Adakah kerajaan masih serius untuk menyiapkan projek ini?
3) Adakah kerajaan hari ini mampu menyiapkan projek ini seperti mana yang telah dijanji?
Jika kerajaan hari tidak serius atau tidak mampu untuk menyiapkan projek ini. Maka inilah bukti bahawa Kerajaan Kelantan yang ditadbir Pas tidak mampu melakukan apa-apa perubahan dan tidak mampu untuk menjadi sebuah kerajaan.
Diharap wakil kerajaan negeri dapat membuat kenyataan terkini mengenai status Lebuh Raya Rakyat yang menjadi tanda tanya rakyat Kelantan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...