Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 November 2017

Tolak #Bajet2018 Tapi Peruntukan Ambil Juga, Sindir PAS Pada PH.

Oleh : Harakah Daily

SAMA ada berkecuali, menyokong atau menolak, itu adalah keputusan untuk menzahirkan pendirian masing-masing parti kepada umum. "Kita tahu BN memiliki majoriti dalam parlimen. Semua ahli parlimen BN wajib akan undi sokong untuk Bajet 2018 diluluskan. 

"Tak akan ada ahli parlimen BN yang bertindak memencilkan diri buat keputusan sendiri," ujar AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim. Menurutnya, mustahil pembangkang akan menang dalam pengundian di Parlimen sekarang kecuali suatu keajaiban pelik berlaku. 

Contohnya, kata beliau tiba-tiba 100 orang ahli Parlimen BN terkena cirit-birit dan tidak dapat hadir masa pengundian dibuat! "Saya tak nak bincangkan apa yang akan berlaku andai Bajet 2018 ditolak oleh parlimen sebab itu hanya mimpi dan ilusi dalam kedudukan sekarang di parlimen.


"Macam mana kita nak bincang andaian Bajet 2018 ditolak sedangkan kita adalah minoriti? Itu perbincangan yang membuang masa sahaja." katanya lagi. Tambahnya, aama ada tolak atau berkecuali, Bajet 2018 tetap akan lulus dan PAS memilih untuk berkecuali. 

"Nak tolak, tak dinafikan dalam bajet tersebut ada yang baik dan bermanfaat kepada rakyat. "Nak sokong, ada juga dalam bajet itu yang tak baik untuk rakyat dan negara," katanya. Justeru, ujar beliau berkecuali PAS tidak menambah atau mengurang apa-apa dari segi kelulusan bajet. 

Sama juga, katanya tindakan PH menolak bajet juga tidak mengurang dan menambah apa-apa. "Tapi nampak sedikit tak cerdik bila kita undi tolak bajet sedangkan pelbagai peruntukan yang diumumkan dalam bajet kita ambil juga," ujarnya

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...