Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 8 November 2017

Tiada Kematian Banjir Kelantan - Ustaz Dusuki Rani Dikecam Netizens.

Satu rakaman kuliah yang disampaikan oleh seorang pemimpin PAS di Selangor, Ustaz Dusuki Abdul Rani yang mengulas isu banjir di Pulau Pinang menerima kecaman netizens terutamanya dikalangan penyokong Pakatan Harapan.

Rakaman yang dimuatnaik menerusi halaman Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani itu menjadi tular disebabkan terdapat sedikit kesalahan fakta yang diungkapkan oleh pemimpin itu mengenai banjir besar Kelantan ataupun lebih dikenali sebagai Bah Kuning 2014.

Ustaz Dusuki pada awalnya mengulas tentang sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang suatu ketika dahulu pernah mengkritik pentadbiran PAS Kelantan dalam menguruskan isu banjir.

"Sebelum daripada ni kan dia bercakap besar. Tidak kah Ketua Menteri itu bercakap besar. Apa yang boleh buat Kelantan. Dia kata tak jaga. Memang selamat daripada rasuah. Rasuah memang takde. Tapi banjir pun tak boleh nak urus. Dia kata inilah kesan daripada tebang balak. Tebang kawasan hutan seratus ribu ekar. Dia sebut demikian. Cakap besar dia. Waktu mana dia bercakap tu sombong sungguh dia, " katanya dalam rakaman itu.

Ustaz Dusuki juga turut berkongsikan cerita bahawanya Lim Guan Eng begitu sombong sehingga enggan berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan ketika hadir ke Kelantan untuk menyampaikan bantuan banjir.

"Waktu mana dia bantu, tolong banjir Kelantan tu, dia turun dia taknak berjumpa Menteri Besar. Taknak berjumpa Menteri Besar. Menteri Besar pergi tunggu dekat airport. Dia keluar ikut jalan lain. Taknak berjumpa dengan Menteri Besar. Sombongnya dia. Nak jumpa dengan geng-geng dia. Senang cerita. Padahal disambut kerajaan negeri, takpalah dia Ketua Menteri, sambut jugalah. Patutnya demikian.

Tiba-tiba Allah tunjuk. Tunjuk merayu dia merayu. Sabarlah, sabarlah. Tapi kamu cakap kasar dulu tengok macam mana. Bukan kita nak timbulkan yang itu. Tapi belajarlah sikit. Jangan sombong dikalangan kita," katanya lagi. 

Beliau kemudiannya membandingkan banjir besar di Pulau Pinang dan banjir besar di Kelantan dengan mengatakan tiada kematian di banjir besar Kelantan berbeza dengan banjir besar di Pulau Pinang yang mengorbankan tujuh nyawa.

"Kita tak terfikir macam mana Pulau Pinang boleh ditenggelami banjir sebegitu. Mati pula tu tujuh orang. Tujuh orang mati. Kelantan banjir besar tu pun tiada seorang pun mati. Seorang pun tak mati," katanya dalam video yang tular.

Perkara itu kemudiannya segera dibetulkan netizens yang mendengar kuliahnya sehingga habis, dan menjadi topik sindiran di kalangan penyokong Amanah di Facebook.


Selepas dikecam dan dikritik bertubi-tubi, admin halaman facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani kemudiannya membetulkan kesalahan fakta tersebut bagaimanapun tiada ungkapan maaf terzahir di post berkenaan. 

Tidak dapat dipastikan samada Ustaz Dusuki menyedari atau tidak tentang kesalahan fakta yang dinyatakan beliau dalam kuliah tersebut - ataupun menyedari yang beliau dikritik tentang perkara ini di media sosial.

Ustaz Dusuki kemudiannya mengakhiri ceramah itu dengan menasihati pendengar agar jangan menjadi sombong dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. 

Beliau juga menasihati agar jangan memilih pemimpin dikalangan orang yang sombong yang dipercayai ditujukan kepada Lim Guan Eng.

"Berlagak dikalangan kita. Elok pun. Sebab tu Islam kata tak layaklah dia jadi pemimpin. Orang macam ini jangan dipilih jadi pemimpin. Kalau kita pilih orang macam ni, dengan kita-kita musnah, dengan kita-kita rosak, punca apa kita jadi demikian? Kerana kesombongan pemimpin turun kesannya pada rakyat.

Kita bukan marah pada orang Pulau Pinang. Kita nak marah dengan pemimpin-pemimpin yang sombong dan takabur," katanya lagi.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...