Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 November 2017

Nga Kor Ming Nafi Kata Melayu Puk*mak.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menafikan dirinya menghina Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dengan mengeluarkan kata-kata kesat ‘Melayu p***mak’ dalam ceramah politik di Ipoh, baru-baru ini. 

Memetik laporan Malaysiakini, Nga berkata sebuah video yang mendakwa mengeluarkan kata-kata kesat itu sebenarnya telah sunting. 

"Saya tidak pernah berkata 'Melayu p***mak'... Ini tidak masuk akal, ia adalah video palsu yang diedit. 

"Ini sangat jelas, sesiapa yang menonton video itu akan tahu bahawa ia palsu," kata ahli parlimen DAP.

Beliau mengulas tindakan Barisan Nasional (BN) Perak dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat laporan polis mendakwa beliau menghina Zambry dengan kenyataan berbaur perkauman. 

Ini berhubung Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama Pembangunan Negara BrandLaureate yang diterima oleh menteri besar itu bagi kategori ‘Game Changer Icon’ pada Ogos lalu. 

Gambar - FB Nga Kor Ming
Dalam video itu, kedengaran Nga mendakwa Zambry menggunakan dana awam untuk mendapatkan anugerah berkenaan pada sebuah ceramah yang dilaporkan diadakan pada 16 Nov. 

Video itu kemudian memaparkan rakaman pengucapan Nga, dengan audio yang mendakwa beliau sebagai berkata "Melayu p***mak" yang dipercayai ditujukan kepada Zambry. 

Selain didakwa menyebut "melayu p***mak", Nga juga didakwa mengeluarkan kenyataan "hitam metalik" yang ditujukan terhadap Menteri Besar Perak.

Menurut Nga seperti yang dilaporkan Malaysiakini, beliau mengakui menuduh Zambry membayar untuk mendapatkan anugerah itu, tetapi menafikan kata-kata kesat dan berbaur perkauman itu. 

Pengerusi DAP Perak itu berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan, pagi esok. 

"Saya juga berhak untuk saman," katanya. 

Berikut dibawah ialah video yang dimaksudkan;
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...