Sabtu, 18 November 2017

Melawat Anwar Di HKL Ialah Propaganda Politik Najib?

Kenyataan Media

ÀDAKAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) JUGA AKAN BERSIKAP ADIL PADA TOKOH-TOKOH PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN   SERTA AHLI KELUARGA TERDEKAT UNTUK MENZIARAHI DATO SERI ANWAR IBRAHIM DI HKL?!

Dato Seri Anwar Ibrahim secara peribadi adalah seorang tokoh yang amat berjiwa besar.

Sebagai seorang mukmin juga, kita harus menerima serta mengalu-alukan sesiapa saya yang ingin menziarahi orang yang sakit.




Saya amat menghormati dan menyokong pandangan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Naib Presiden Parti Amanah) yang memberi pandangan ikhlas bahawa kita harus hormati pesakit, layanilah tetamu, jangan berburuk sangka dan berwaspadalah dengan sesiapa saja!!

Ini adalah ajaran agama islam yang tulen berteraskan al quran serta as sunnah.

Namun, saya juga berharap agar kementerian dalam negeri (KDN) turut bersikap adil pada keseluruhan tokoh-tokoh pemimpin utama Pakatan Harapan yang ingin menziarahi Dato Seri Anwar Ibrahim di HKL.

Begitu juga dengan kebenaran oleh KDN yang harus diberikan kepada ahli-ahli keluarga Dato Seri Anwar Ibrahim yang terdekat!!

KDN harus bersikap adil dan jangan pilih kasih!!

Keseluruhan rakyat jelata akan menghormati KDN sekiranya bersikap adil kepada kesemua tokoh-tokoh utama Pakatan Harapan serta ahli keluarga terdekat untuk menziarahi Dato Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menerima rawatan setelah menjalani pembedahan bahu kanan beliau.

KDN juga mesti membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka tidak mempunyai agenda politik yang tersirat dengan membenarkan Najib Tun Razak dan isteri menziarahi Dato Seri Anwar Ibrahim di HKL dua hari yang lepas.

Kerajaan kleptokrasi mesti membuktikan bahawa lawatan Perdana Menteri serta isteri bukannya satu agenda politik!!

Sekiranya KDN membenarkan juga tokoh-tokoh utama Pakatan Harapan menziarahi Dato Seri Anwar Ibrahim di HKL; ini membawa erti Menteri Dalam Negeri adalah seorang yang ikhlas tanpa mempunyai sebarang agenda politik apabila membenarkan Najib Tun Razak dan isteri menziarahi Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga ditemani oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di HKL pada waktu itu!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...