Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 24 November 2017

Lambakan Rumah Mewah, Rakyat Johor Tak Mampu Beli - Selesaikan Isu Segera Kata Amanah.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi amaran keras kepada kerajaan negeri Johor akan keadaan ketidakseimbangan pasaran hartanah yang semakin kritikal di Johor.
Menurut BNM dalam Buletin Suku Tahunan 2017, negeri Johor mempunyai jumlah rumah tidak terjual yang tertinggi di Malaysia pada kadar 27 peratus daripada jumlah hartanah yang tidak terjual di Malaysia.
Gambar - Google
Punca kepada banyak rumah tidak terjual adalah disebabkan oleh ketidakpadanan harga rumah dengan kemampuan isi rumah di Johor yang semakin hari semakin kritikal.
Kewujudan rumah-rumah mahal atau tidak mampu milik semakin mendominasi pasaran perumahan di Johor.
Seperti kita maklum, makin ramai generasi muda di Johor yang tidak memilik rumah. Atas kegagalan ini, BNM telah memberi amaran keras akan keadaan ini.
Saya menggesa agar kerajaan negeri Johor berhati-hati dalam meluluskan sebarang projek perumahan akan datang.
Saya juga ingin memetik laporan rasmi oleh Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporannya “Making Housing Affordable”, yang juga meletakkan Johor sebagai julat 4.2 pada tahun 2016 yang meletakkan rumah di Johor sebagai “seriously unaffordable” atau sangat tidak mampu milik berdasarkan pendapatan median rakyat Johor.
Jangan biarkan masalah ini berlarutan sehingga pihak lain terpaksa membantu membina rumah mampu milik bagi memenuhi permintaan rakyat hari ini.
Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri bagi memastikan penyediaan rumah mampu milik di Johor diselia dengan baik.
Justeru, saya ingin memberi amaran kepada kerajaan negeri Johor untuk bertindak segera agar masalah ini tidak berlarutan dan rakyat mendapat manfaat yang terbanyak dalam sebarang pembinaan rumah kediaman di Johor.
* Salahuddin Ayub adalah timbalan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dan seorang naib presiden Pakatan Harapan

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...