Channel Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia PRU14

Rabu, 15 November 2017

Ketua Pemuda MCA Hilang Ibu, Isteri, Dua Anak Dalam Nahas Kebakaran.

Empat yang maut dalam kebakaran rumah berkembar dua tingkat di Pangkalan Weld, Pulau Pinang awal pagi tadi merupakan keluarga Ketua Pemuda MCA Tanjung Lim Swee Bok.
Mereka ialah isterinya yang berusia 35 tahun, anak lelaki serta perempuan masing-masing berusia 10 dan 8 tahun serta ibunya berusia 62 tahun, lapor Utusan Online hari ini.
Turut dilaporkan ketika kejadian pada pukul 6 pagi tadi, Swee Bok tidak berada di rumah kerana sedang bekerja.
Laporan itu turut menyebut, Swee Bok dilapor tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di rumahnya ketika kerja-kerja memadam dilakukan sehingga terpaksa ditenangkan jiran.
Jurucakap bomba berkata, operasi memadam selesai sepenuhnya dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.




Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...