Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Oktober 2017

Walaupun Berpindah, Tol Bukit Kayu Hitam Tetap Akan Ditutup Pada 1 Januari 2018.

PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataannya pada hari ini menegaskan operasi Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan tetap ditutup mulai 1 Januari 2018 meskipun selepas berpindah ke lokasi baru. 

Ini bagi menjawab tuduhan yang sedang tular di laman sosial kononnya Plaza Tol Bukit Kayu Hitam tidak ditutup sebaliknya hanya berpindah ke lokasi lain.


"PLUS ingin memaklumkan bahawa operasi Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan berpindah ke lokasi baharu mulai 1 November 2016 bermula jam 6 pagi.

Namun demikian selepas beroperasi di lokasi baharu pada tarikh tersebut, kutipan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2017 sahaja," kata PLUS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan tadi.

PLUS turut menjelaskan penutupan tol tersebut adalah bersempena dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan penutupan lima tol secara serentak berkuatkuasa 1 Januari depan.

Dalam pada itu PLUS turut memaklumkan perpindahan ke lokasi baharu itu adalah disebabkan projek pembangunan kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) yang akan memulakan operasinya bermula 1 November ini.

Operasi tol juga akan dilanjutkan masa bermula 6 pagi hingga ke 2 pagi pada setiap hari bermula esok. 


Sebelum ini blok pembangkang menyebarkan satu gambar yang membayangkan seolah-olahnya Najib telah melakukan penipuan apabila mengumumkan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan ditutup sebaliknya berdasarkan kepada banner yang tersebar ia hanyalah berpindah lokasi dan bukannya ditutup.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...