Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Oktober 2017

Penyokong Amanah, PAS Buat Laporan Polis Isu Wisma Tok Guru.

Oleh : Bernama


Polis Kelantan menerima tiga laporan polis berkaitan kekecohan yang berlaku antara penyokong PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) di Wisma Tok Guru di Salor di Kota Bharu, Ahad lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata dua laporan dibuat oleh penyokong AMANAH manakala satu laporan lagi oleh penyokong PAS.
"Kekecohan kecil itu berlaku apabila sekumpulan penyokong PAS dikatakan datang ke premis itu (Wisma Tok Guru) untuk memasang bendera parti mereka kerana mendakwa premis itu sudah menjadi milik PAS.
"Bagaimanapun, kedatangan mereka menyebabkan sedikit kekecohan kerana penyokong AMANAH berada di premis tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Gambar - Facebook
Hasanuddin berkata tindakan cepat pihak polis berjaya mengawal insiden berkenaan dan polis akan terus memantau isu tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, kira-kira 150 penyokong PAS datang ke Wisma Tok Guru untuk memasang beberapa bendera PAS di pagar premis itu kerana mendakwa bangunan itu sudah menjadi milik parti tersebut.
Premis terbabit sebelum ini menjadi pejabat Amanah tetapi berlaku perebutan selepas PAS mendakwa sudah membeli tanah tersebut daripada seorang individu yang merupakan pemilik tanah berkenaan dan Amanah diberi tempoh sebulan sehingga 16 Nov ini untuk mengosongkan premis itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...