Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 17 Oktober 2017

Pemimpin UMNO Ke Pusat Judi Kerana Menyamar Sebagai Perisik.

Gambar pemimpin UMNO di pusat judi yang tular di laman sosial sejak dua hari lepas disahkan benar. Perkara itu diakui sendiri oleh Datuk Seri Jamal Yunos yang juga ketua bagi Gerakan Merah.

Zein Isma
“Gambar ni saya fikir lebih kurang empat bulan yang lalu. Tapi saya tak pasti kedai judi di kawasan mana kerana banyak tempat kita lakukan risikan sebelum kita serbu. 


“Dia (Zein Isma) ada ikut kita buat risikan, lagipun dia, orang (pengusaha pusat judi) tak kenal sangat,” katanya, memetik laporan MalaysiaDateline pada semalam.

Sebelum ini dua gambar pemimpin UMNO bersama seorang wanita yang tidak dikenali menjadi tular di laman sosial berikutan berada di dalam premis perjudian. 

Gambar itu menunjukkan seorang pemimpin UMNO sedang berjudi sambil ditemani oleh seorang wanita. Pemimpin UMNO tersebut ialah Zein Isma, Ketua UMNO Bahagian Subang.

Berikutan penyebaran gambar tersebut, pemimpin UMNO bahagian itu menjadi sasaran kecaman dan ejekan di laman sosial.

Sehingga ke hari ini pemimpin berkenaan belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi bagi mengulas insiden penyebaran gambar berkenaan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...