Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 Oktober 2017

Pasangan Bakal Bercerai Kerana PAS? - Jangan Jadi Batu Api Kata Netizens, Bapa.

Rata-rata pengikut politik tanahair pada hari ini memperkatakan tentang isu rumah tangga yang membabitkan aktivis hak asasi terkenal, Asiah Abd Jalil bersama pasangannya Mohd Hatta Bin Saadon. 


Ini berikutan Asiah telah berkongsikan dua gambar yang merujuk kepada dokumentasi permohonan cerai yang beliau failkan petang tadi.




Asiah dan pasangannya telah dikurniakan 8 anak selama 15 tahun menjadi suami isteri. Turut dimaklumkan Asiah pada ketika ini juga sedang sarat hamil 7 bulan.

Selama beberapa hari ini laman facebook Asiah Abd Jalil menjadi perhatian terutamanya dikalangan penyokong PAS dan Amanah berikutan Asiah berulangkali seperti menyalahkan suaminya yang terlalu menumpukan perhatian terhadap aktiviti parti daripada bersama keluarga.


Malahan baru-baru ini juga Asiah meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila suaminya membawa anak-anak kecil ke aktiviti parti dan mendaftarkan salah seorang anak mereka menjadi ahli parti tersebut meskipun baru berusia 13 tahun.

Rata-rata netizens yang memberikan komen menyokong tindakan Asiah sepenuhnya.

Jangan jadi batu api

Dalam pada itu bapa kepada Asiah menasihati orang ramai agar jangan meniupkan udara negatif sehingga terhancurnya sebuah masjid.



Nasihat ikhlas itu mungkin diberikan apabila melihat ramai netizens 'bergotong-royong' membedal menantunya dan seperti mengalakkan lagi pergaduhan supaya berlakunya perceraian.

Meskipun hanya segilintir tetapi terdapat beberapa pihak menasihati agar orang ketiga jangan menambahkan lagi masalah dan memberikan ulasan terhadap urusan rumahtangga orang lain. Seharusnya didiamkan sahaja dan tidak memberikan apa-apa komen yang mengguris hati pasangan samada terhadap Puan Asiah mahupun Encik Hatta memandangkan orang ketiga tidak mengetahui apa yang berlaku disebalik tabir. 

Nasihat yang baik-baik


Fikirkan anak-anak, namun jika benar tiada jalan lain, maka lakukan apa sahaja yang mampu mengembirakan hati mu, itulah antara bait-bait nasihat yang baik yang ditujukan buat pasangan tersebut.

Apa pun kami bersetuju dengan kenyataan bapa kepada Asiah Abd Jalil, iaitu jangan menjadi pengalak untuk memusnahkan rumahtangga orang lain. Fikirkan perasaan anak-anak mereka yang berlapan itu. Jika tidak mampu memberikan nasihat yang baik, diam sahajalah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...