Channel Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia PRU14

Khamis, 19 Oktober 2017

NGO Mahu Polis Siasat Peserta Anti-Kleptokrasi Duduk Atas Bendera.

Gabungan NGO Selangor membuat laporan polis terhadap penganjur anti-kleptokrasi kerana mendakwa ada sesetengah pihak yang hadir telah menghina Jalur Gemilang lapor Sarawak Voice.

Gambar yang tular & menjadi kecaman netizens
Pengerusi NGO itu yang dikenali sebagai Nazilah Idris berkata laporan  dibuat kerana pada perhimpunan tersebut, terdapat tindakan peserta yang menjadikan ‘Jalur Gemilang’ sebagai alas tempat duduk.


“Kita juga mohon pihak polis siasat penganjur himpunan ini dikenakan tindakan undang-undang memandangkan ia tiada kelulusan permit dari pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kami juga mohon polis menyiasat rangkaian media sosial seperti blog dan laman facebook yang secara jelas menuduh Umno mengupah orang yang duduk di atas bendera Malaysia”.

“Perkara ini merupakan satu fitnah dan mencemar imej Umno,” katanya lagi. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...