Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 22 Oktober 2017

Membazir Je Undi PAS Bukan Dapat Bentuk Kerajaan Pun - Mat Sabu.

Oleh : The Malaysian Insight

JANGAN membazir undi anda untuk PAS kerana parti itu tidak akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu. 


“Sekiranya mereka menjadi ‘kingmaker mereka maka hampir pasti mereka akan bersama Barisan Nasional (BN). 

“Maka dengan itu BN akan terus memerintah walaupun dengan PAS sebagai rakan minoritinya,” katanya dalam teks ucapan yang diedarkan kepada media pada pembukaan Konvensyen Amanah di Alor Setar semalam. 

Beliau merujuk kepada kenyataan PAS sebelum ini yang menyasarkan akan bertanding di 100 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Mohamed Sabu berkata Amanah dan Pakatan Harapan tidak akan dapat mengelak pertembungan pertandingan lebih dari dua penjuru. 

"Dalam menghadapi pertembungan tiga penjuru sebegini adalah penting untuk kami yakinkan pengundi bahawa hanya PH berkemampuan membentuk kerajaan baharu menggantikan BN,” katanya bercakap di hadapan 899 pewakilan Amanah. 

Tambahnya, gabungan PH kali ini mesti bebas dari unsur khianat dan ketidakjujuran seperti mana yang pernah menghantui Pakatan Rakyat. 

Konvesyen kali kedua Amanah itu juga turut menyaksikan kehadiran barisan pemimpin tertinggi PH iaitu Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...