Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 Oktober 2017

Kerana Dendam Politik Dan Nafsu, PAS 'Serang' Wisma Tok Guru Kata Amanah.

Kenyataan Media
Ketua Pemuda Amanah Kelantan
Saya menyusun sepuluh daktil dan merayu dengan nama Allah swt atas persaudaraan sesama Islam supaya memberi keizinan kepada saya untuk berucap bagi menenangkan penyokong Amanah dan PH.
Saya juga telah memberi jaminan kepada Ustaz Ahmad Fadhli Bin Shaari, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi dan Nazman akan beri keizinan untuk PAS pacak bendera. Tapi sayang, kesemua pimpinan PAS berundur bersembunyi dibelakang UNIT AMAL.

Pimpinan Pas terus membuat provokasi dan berceramah dihadapan Wisma Tok Guru Salor.
Kami membiarkan mereka memacak bendera mereka bagi menunjukkan PAS kini sudah menjadi sebuah parti yang tidak rasional dan dengan sengaja melanggar peraturan demi nafsu dan dendam politik.
Hari ini, rakyat Malaysia boleh menilai PAS hanya menggunakan islam sebagai alat solek untuk menyembunyikan sifat sebenar mereka. Selain itu, mereka tidak henti-henti bertakbir dan pada masa yang sama membuat provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Pimpinan Pemuda Pas pula lari dari tanggungjawab dan berselindung di belakang Unit Amal.
Sekarang, masih terdapat ahli Pas yang dipaksa untuk menjaga bendera kerana bagi mereka, kami akan mencabut bendera Pas. Ini adalah satu tindakan yang sia-sia dibuat oleh Pas. Kami tegaskan bahawa kami tidak akan mencabut bendera mereka dan kami akan tunjukkan kepada semua bahawa kami akan tetap menjunjung tinggi keluhuran undang-undang negara.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...