Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Oktober 2017

6 Hari Dah Berlalu, Bila Syed Saddiq Nak Buat Laporan SPRM - Kau Nak Tiru Najib Juga Ke Woi?

3 Oktober punya cerita
Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok berhubung pendedahan beliau yang ditawarkan habuan untuk meninggalkan parti dan melanjutkkan pelajaran di Universiti Oxford. 
 
Katanya, beliau akan merujuk perkara ini kepada pihak peguam terlebih dahulu.
 
"Saya akan berjumpa peguam saya sebelum membuat laporan esok.
 
"Saya akan membuat dua laporan berasingan; satu kepada polis berikutan ugutan terhadap keluarga saya dan satu lagi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tawaran sogokan," katanya sehari selepas membuat pendedahan mengenai cubaan rasuah yang dilakukan oleh pihak luar kepada pengasas PPBM. 
9 Oktober punya cerita
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman perlu menyerahkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mempunyai bukti berkenaan dakwaannya berlaku aktiviti menyogok wang supaya pemimpin PPBM meninggalkan parti.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil, berkata sebagai individu yang mempunyai maklumat dengan aktiviti rasuah membabitkan pemimpin parti, Syed Saddiq bertanggungjawab untuk menyerahkan maklumat berkenaan dan tidak menyembunyikannya.
“Dalam apa keadaan pun sekiranya ada individu dia ada maklumat berhubung rasuah dan salah guna kuasa, sebaik-baiknya dia patut lapor kepada pihak wajib, dalam kes ini adalah SPRM, supaya kita boleh ambil tindakan.
“Kita dalam Malaysia tidak tahu semua benda dengan keanggotaan yang terhad. Kadang-kadang orang anggap SPRM ini seperti ‘Superman’ tahu belaka. Kita juga perlu maklumat daripada orang ramai, baru boleh ambil tindakan sewajarnya,” katanya.
10 Oktober punya cerita
 
1. Buat pendedahan pada 2 Oktober 2017 

2. 3 Oktober kata nak buat laporan SPRM esoknya, itulah laporan yang dipetik-petik daripada pelbagai media

3. Iaitu 4 Oktober la kalau ikut kamus dewan bahasa melayu dan pustaka. Taktahu la kalau Syed Saddiq ada maksud yang lain bagi perkataan 'ESOK'
 
4. Hari ini 10 Oktober. 6 hari berlalu dan masih tiada laporan SPRM dibuat oleh Syed Saddiq
 
 
5. Sampai SPRM pun dah keluar bunyi. Mana laporannya? Ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Alahai

6. Syed Saddiq nak lakar sejarah macam Zahid Hamidi dan Najib Razak ke? Seorang kata Selasa, seorang kata rabu. Kalau ikut Syed Saddiq dia kata esok maksudnya hari rabu. Tak boleh, tak boleh. Hari rabu dah dicop Zahid. Dia yang punya. Sepatutnya Syed Saddiq pilih hari lain selain dari hari selasa dan rabu. Kita orang nak troll senang

7. Pemimpin utama DAP pun dah nasihatkan p la lapor SPRM

8. Kau nak dicop penipu dan pelakon air mata ke Syed Saddiq? Kau tu nak jadi ahli politik. So kena tegas, kena pegang pada janji, kena berani laksanakan apa yang kau dah cakap. Kalau tak orang cop kau hipokrit, kuat wayang, main drama
 
 
9. Dengar nasihat aku, jika betul kau ada bukti lapor je SPRM. Kalau kau buat cerita, mengaku aje terus terang. Jangan risau bab kena lauk. Itu perkara biasa dalam kehidupan. Bab gambar sensitif kau, bab ugutan yang kau terima atas isu peribadi yang membabitkan bapa dan abang kau, boleh diabaikan jika itu yang menghalang-halang kau dari membuat laporan SPRM. Ini kerana ia boleh dijadikan alasan kukuh malahan membenarkan percakapan kau..ohh betul la mamat neh kena ugut dan ditawarkan 5 juta, bila dia tak follow kehendak mereka, tengok depa dok sebar pula isu peribadi yang tiada kena mengena dengan masalah negara. Nampak? Orang akan sokong kau. Politik kat Malaysia neh memang dalam sesetengah isu kadang-kadang kerajaan nampak kuat, dan kadang-kadang pembangkang pula nampak kuat, padahal kedua-dua tu toya aje. Dedua lembik. Nampak kuat sebab rakyat lebih lembik dari kedua-dua entiti tu. Kalau rakyat kuat dah lama dah sekor-sekor kena lempang. Kau dulu yang pertama sebab junior. Muahahahahaahha

10. Apa pun jangan jadikan serangan peribadi menghalang kau dari membuat laporan SPRM. Bukan apa, kau dah berani pongpangpongpang sana sini, orang pun tengah tunggu-tunggu neh, ramai juga yang menyangka kau bermain wayang atas sesuatu sebab, tapi tak syoklah juga dok main tuduh-tuduh kan. Kita pun memang bagi peluang untuk kau membuktikan kebenarannya. Sampai 6 hari tunggu neh. Apa lagi Syed Saddiq, cepatlah lapor SPRM. Kami menunggu neh.

Rujukan;

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...