Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Oktober 2017

5 Alasan #CopyPaste Penyokong Pembangkang Apabila Perhimpunan Anti-Kleptrokrasi Dikatakan Gagal!

Himpunan kamu gagal! Pada awalnya pemimpin kamu bercakap besar. 100,000 akan hadir ke perhimpunan tersebut kemudiannya dikurangkan kepada 30,000. Bagaimanapun ketika hari perhimpunan hanya 8,000 sahaja yang hadir - anggaran paling ramai yang diberikan oleh portal Malaysiakini sebuah portal pro pembangkang dan bukannya pro kerajaan pun! Anggaran PAS ialah 1,500 dan anggaran pihak polis ialah 4,000. 

Sungguhpun penganjur mengatakan kehadiran adalah 25,000 orang tetapi ia adalah percakapan yang tidak berpijak pada realiti dan keadaan sebenar. Dengan bukti yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja pun pemimpin kamu masih lagi seenaknya memutar dan bercakap berbelit-belit. Perhimpunan ala karnival kamu adalah gagal. Memang hambar. Tapi tak apa la. Kita gunakan sahaja angka 8,000 yang datangnya dari portal pro pembangkang. Dan ianya masih gagal. Akui sahajalah!

------

Apabila dikritik berkali-kali bahawanya perhimpunan Pakatan Harapan gagal kerana tidak mencapai sasaran yang dianggarkan sebelumnya, ramai di antara penyokong pembangkang menyebarkan 5 alasan yang di#copypaste berulang kali di page-page dan portal berita bagi menafikan kritikan netizens bahawanya perhimpunan sayangi Malaysia hapus Kleptrokrasi gagal.

Ini adalah alasan-alasan tersebut;

1. Kebanyakkan rakyat di bandar dah faham isu kleptokrasi. Memang ramai yang nak pergi tetapi keliru dengan amaran yang diberikan oleh IGP Tan Sri Fuzi.

Jawapan : Kebanyakan masyarakat di bandar dah faham - tapi anjurkan di kawasan yang orang sudah faham? Kenapa tak anjurkan di kawasan orang yang belum faham? Keliru dengan amaran PDRM? Pelik juga sebab perhimpunan pembangkang sebelum ini jangan kata amaran, siap dengan tangkapan meskipun perhimpunan belum bermula pun ramai orang datang! 😂😂😂

2. Yang hadir memang tak begitu ramai tetapi yang menunggu untuk undi dan komited dengan perancangan PH memang ramai. Oleh itu,kehadiran yang tak tepati ramalan bukannya kayu pengukur tentang sokongan rakyat.

Jawapan : Okaylah kalau begitu. Kita lihat sahaja keputusan PRU 14 selepas ini!

3. Rakyat juga faham bahawa kebanyakkan individu yang mendapat kenaikkan pangkat dalam jabatan dan yang mendapat pangkat anugerah daripada Yang diPertuan Agung baru baru ini kebanyakkan terdiri daripada mereka yang bermasalah dan telur dah kena picit. U help me, i help you punya concept yang dibawa. Contoh terhampir adalah KP SPRM. 

Jawapan : Dan apa kaitannya dengan perhimpunan yang hambar? 

4. Ramai penduduk bandar sedang menikmati percutian bersama keluarga sempena Deepavali dan cuti sekolah. 

Jawapan : Dulu pembangkang anjurkan perhimpunan pada waktu apa pun ramai yang hadir kot! Tapi takpelah, mungkin daya tarikan bercuti lebih kuat berbanding Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi agaknya. Hahaha.

5. Pru-14 just around the corner...why worries!! 😎😎😎

Jawapan : Okay. Semoga tiada adegan baling kerusi dan bercakaran di media dek pertindihan kerusi di kalangan pembangkang! 😂😂😂

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...