Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 September 2017

Tak Hadir Fastaqim Tanda Langgar Janji Perjuangan Islam? Hadi Mengarut Kata Amanah.

Oleh : Hanipa Maidin
1. Malaysiakini lapor Presiden parti suci kata anggota parti itu hendaklah hadir ke program Fastaqim 2.0 di Kuala Terengganu pada 29 dan 30 September ni kerana mereka "harus tunaikan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam dan keazaman untuk menyelamatkan negara tercinta ini.
2. Maaf nak komen sikit lah...
a. Saya tak pasti apa kaitan hadir di program Fastaqim 2.0 tu dengan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam? Adakah jika tak dapat hadir ia bermakna ahli parti tu dilihat telah mungkir janji dan tak taat setia kepada perjuangan Islam? Kalau ya..bagi saya, maaf lah, ini mengarut first class!
b. Nak tanya sikitlah sejak bila pula hadir ke program politik parti suci ada kaitan dengan tunai janji dan taat setia pada perjuangan Islam? Dan sejak bila pula parti suci jadi pemilik tunggal yang monopoli definisi perjuangan Islam?
c. Keazaman untuk selamatkan negara tercinta? Indah dan bagus. Tapi, bukankah kegagalan kamu dan MP-MP kamu untuk bersuara lantang menentang salah laku, pembaziran , salah guna wang rakyat dalam kes 1MDB di Parlimen juga boleh ditafsirkan yang kamu sendiri telah gagal jadi "role model" kepada ahli-ahli kamu dalam mencintai negara ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...