Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 September 2017

Tak Cukup Lagi Ke Bar, Kelab Malam Sampai Nak Buat Pesta Arak?

Oleh : Benz Ali
Sekadar cubaan menjawab sekular kiasu seperti DAP.
Sekular kiasu seperti DAP selalu menganggap orang lain lebih bodoh dari mereka. Mereka merasakan mereka lebih tinggi tingkat pengetahuan sekular mereka berbanding orang lain, khususnya orang Melayu-Islam dan orang beragama yang lain. Seolah-olah hanya mereka berpendidikan tinggi, masuk universiti dan melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Kerana itu mereka sering gagal, kerana seringkali 'underestimate' musuh mereka.
Gambar - Google
Orang Islam-Melayu bukanlah bodoh sangat sampai tidak tahu kewujudan arak, pub, bir, wain dan lain-lain. Secara prinsipnya, hal itu ditolak dalam agama. Tetapi dalam urusan peribadi, dalam rumah, dalam bilik, dalam kain, seseorang itu tidak boleh mengintai-intai. Jadi jika seseorang Muslim itu minum minuman keras, tengok porn, atau apa sahaja dalam domain peribadi, adalah salah pihak yang mengintip-intip.
Orang Islam-Melayu juga bukanlah bahalol sangat, sampai tidak tahu orang bukan Islam tidak tertakluk dalam larangan minuman arak, berjudi dan sebagainya. Walaupun itu semua bukanlah ciri-ciri etnik -meskipun sekular kiasu berkempen seolah-olah mereka memang berbudaya begitu!-
Yang menjadi kemarahan orang Islam-Melayu adalah, tak cukup lagikah pub-kelab malam-bar-pusat hiburan-rumah urut? Perlu berapa juta lagi rumah urut, pusat hiburan etc? Tak cukup-cukup lagi ke?
Jadi kau nak pergi sana, kau pergilah. Itu bukan isunya langsung.
Seperti orang Islam-Melayu tahu kewujudan pelacur-pelacuran, judi-perjudian, adakah sekular kiasu seperti DAP dan penyokong-penyokongnya terlalu bodoh untuk mengatakan bahawa orang Islam-Melayu tidak tahu kewujudan semua ini?
Yang mereka marahkan adalah kegilaan sekular kiasu untuk berkempen secara besar-besaran hal-hal yang tak perlu dibesar-besarkan. Rilek-rilek sudahlah bak kata mat pit. Kau nak minum, kau minumlah sampai mampus pun. Tapi tak payahlah sampai nak buat festival bagai. Banyak lagi benda-budaya lain yang lebih baik untuk difestivalkan.
Adakah lepas ini nak buat festival judi pula? Kau nak berjudi, berjudilah sampai lingkup keluarga kau pun. Tapi perlu ke kau nak buat secara besar-besaran? tak cukup Genting Highland, Sport Toto, Magnum, lumba kuda? Tak cukup lagi?
Adakah disebabkan kau bukan Islam, boleh melanggan pelacur, maka hal ini harus digalakkan? Sosial demokrasi kepala butoh apa macam ini? Kau buat sorang-sorang, kau simpan sorang-sorang lah. Apahal yang semua benda tak guna ni, kau kena kempenkan untuk semua orang jadi bangsat macam kau?
Aku bukan penyokong idea Melayu-Islam. Tapi aku rasa sekular KIASU seperti DAP terlalu bodoh untuk disokong. Hujah-hujah mereka adalah haprak dan sampah sama sekali. Ini adalah elite sekular borjuazi yang harus dijatuhkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...