Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 September 2017

Tahfiz Terbakar Bawah MAIWP? - Secara Tiba-Tiba Website MAIWP Tak Dapat Diakses Kata Pemuda PKR

Pagi tadi sebuah pusat pengajian agama, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Jalan Keramat Ujung terbakar dan mengorbankan 23 orang. 21 yang terkorban darinya adalah pelajar di pusat tahfiz berkenaan yang dianggarkan berusia di antara 13 hingga 17 tahun manakala 2 mangsa adalah warden yang bekerja di pusat tahfiz itu.

Susulan dari tragedi malang itu, ramai pihak tampil menyalahkan pusat tahfiz berkenaan yang dikatakan cuai dalam mematuhi spesifikasi keselamatan yang sepatutnya bagi mendirikan sebuah pusat pengajian dan ada pihak yang memeriksa laman web MAIWP dan mendakwa pusat itu sebenarnya dibawah kelolaan MAIWP.

Exco Pemuda PKR, Wan Ji Wan Husin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wanji pula berkongsikan dua gambar screenshot yang mendakwa Pusat Tahfiz yang terbakar itu sebenarnya dibawah kelolaan MAIWP bagaimanapun ketika ini website MAIWP tidak dapat diakses. 

"Sekolah tahfiz yang terbakar, didapati asalnya ada dalam senarai bawah kelolaan MAIWP yang boleh diketahuinya menerusi laman web MAIWP. 

Namun, kemudiannya laman web tersebut tidak boleh dibuka balik," katanya di status facebook milik beliau. 

"Dengan ini tertolak dakwaan yang mengatakan bahawa ia adalah sekolah tahfiz swasta, tp ia adalah sekolah tahfiz bawah kelolaan Majlis agama Islam," katanya lagi.



Dalam gambar yang dikongsikan oleh Ustaz Wanji, individu yang berbual di dalam mesej WhatsApp menulis "Bawah MAIWP rupanya. MAIWP baru ambil alih pada tahun 2015," katanya.



MAIWP ketika ini tidak mengesahkan bahawanya pusat tahfiz yang terbakar itu adalah dibawah kendalian agensi mereka.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...