Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 September 2017

Songlap 40 Juta - Netizens Mula Sebarkan Wajah Individu Yang Ditahan SPRM.

Pada 13 September 2017 yang lepas Sinar Harian melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat individu termasuk seorang yang bergelar Datuk selepas disyaki terlibat dalam penyelewengan wang peruntukan yang disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). 

Ketiga-tiga pegawai PTPK tersebut dipercayai telah bersubahat dengan pengarah syarikat tersebut untuk penyelewengan wang yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk mengendalikan program-program latihan kemahiran kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Menurut sumber, maklumat awal yang diperolehi mendapati keempat-empat mereka dipercayai telah menyelewengkan hampir RM40 juta pada tahun 2016 dan 2017.

Katanya, pada tahun 2016, kerajaan telah memperuntukkan RM35 juta manakala RM40 juta pada tahun ini untuk mengendalikan program-program latihan tersebut.
Siasatan awal mendapati pada tahun 2016, mereka telah menyeleweng sebanyak RM15 juta manakala RM25 juta pada tahun ini.

Ketiga-tiga pegawai itu juga telah berpakat dengan pengarah syarikat tersebut dan meluluskan 15 buah  syarikat miliknya untuk mengendalikan program-program tersebut tambah laporan itu lagi. 

Selepas hampir seminggu lebih berlalu, sosmed hari ini kecoh dengan identiti salah seorang individu yang ditahan yang dikatakan terlibat dalam siasatan kes berkenaan.

Wajah lelaki itu disebarkan di aplikasi WhatsApp oleh seorang individu yang dikenali dengan nama Syed Rosli Syed Harman Jamalullail yang dipercayai pemimpin UMNO bahagian di kawasan Pandan. Bagaimanapun perkara ini masih memerlukan pengesahan dari individu yang dinamakan.

"Ketua Pemuda UMNO Bagan Dato ditahan SPRM kerana sapu RM40 juta geran bantuan pendidikan," beliau dipetik sebagai berkata di dalam aplikasi berkenaan.  Petikan gambar tangkaplayar dari group Sahabat Najib Razak itu juga dikesan tular di Facebook, Twitter, WhatsApp dan blog-blog.

Individu yang gambarnya disebarkan itu dipercayai Nik Mohammad Azli, Ketua Pemuda UMNO Bagan Dato. Beliau dikatakan berusia 38 tahun dan telah dibebaskan dengan dua orang penjamin dengan nilai wang ikat jamin sebanyak 28,000 yang dibayar secara tunai pada 22 September yang lepas.

2 individu lain yang turut ditahan bersama juga telah dibebaskan dengan jaminan 100,000 setiap seorang dengan dua penjamin masing-masing selepas direman hampir seminggu. 

Ada pihak-pihak yang mengaitkan pendedahan tersebut dengan serangan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan ada pihak-pihak yang mendakwa ia bukannya serangan langsung ke atas TPM sebaliknya untuk membersihkan imej UMNO sebelum berlangsungnya pilihanraya umum yang ke-14 kelak.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...