Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 September 2017

'Parti Allah Yang Menang', Poster Ceramah PAS Dikecam Netizens.

Poster ceramah PAS yang bertajuk IJTIMA & PELANCARAN; NAFIR JIHAD SIASI : Parti Allah Yang Menang - oleh PAS Kawasan Gerik menimbulkan polemik di laman sosial sejak semalam.


Poster itu dikesan disebarkan oleh halaman PAS Kawasan Gerik bagi tujuan membuat hebahan ceramah PAS. 

"Pilihanraya semakin hampir.. untuk mencapai kemenangan sama ada dunia atau akhirat segala gerak kerja & usaha kita mestilah menepati prasyarat yang telah ditetapkan oleh Allah swt.. kita juga mesti memastikan jentera kita berada dilandasan yang diredhoi oleh Allah SWT," tulis admin di laman Facebook ketika memuatnaik poster ceramah tersebut.


Ceramah tersebut yang dijadualkan pada sabtu, 16 September ini mendapat kritikan di laman sosial kerana membayangkan PAS sebagai parti yang dipilih oleh Allah SWT.

Malahan ada yang menyindir PAS dengan poster tersebut apabila mengatakan BN, DAP, PSM, PKR, AMANAH juga memenangi beberapa kerusi pilihanraya, adakah parti-parti itu bermaksud PARTI ALLAH YANG MENANG juga, soal netizens.  

Seorang netizen yang dikenali dengan nama Nie Feng pula mempersoalkan tindakan PAS yang dianggapnya sewenang-wenangnya mempergunakan nama Allah bagi tujuan politik.

"PAS PARTI PENDAFTARAN MANUSIA Setiap pertubuhan di Malaysia mesti berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS) dan tertakluk kepada Akta Pertubuhan. Tiba-tiba ada yang mendakwa mereka adalah parti Allah. Datang dari mana kesemua ini.? 

Kamu hendak meletakkan nama Allah di kedudukan mana sebenarnya.? Jika parti kamu melakukan kesalahan dalam apa jua bentuk samada salah laku peribadi mahupun salah urus tadbir kamu hendak letakkan kepada siapa.?," katanya dalam memulakan kritikan.

"#CONTOH: Pemimpin parti Allah yang salah urus tadbir tebang balak mengikut sedap rasa.? Pemimpin parti Allah yang terima rasuah.? Pemimpin parti Allah gagal urus sampah.? Nauzubillahi min zalik.! 

Hendak cari undi pilihanraya pun agak-agaklah dan perpada-pada," katanya lagi. 

"#JANGAN jual nama Ugama/Islam dan nama Allah sesedap hati kamu hanya kerana kepentingan politik peribadi. Jangan kerana mahu menang pilihanraya kamu menjual nama tersebut dengan harga yang rendah sehingga kecil martabatnya. Fikirkan implikasinya," kritiknya kepada PAS. 

"Please..! If you are not capable of doing something, do not use religion for your political benefit. Don't simply use name of our religion and name of our God.!," katanya lagi mengakhiri kritikan tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...