Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 September 2017

Ismail Anak Luar Nikah Kata Ahli Politik Sabah - PAS Buat Laporan Polis.

Ambil tindakan terhadap David Orok dan Siti Kasim kerana menyentuh sensitiviti umat Islam berhubung ibadah korban, demikianlah kenyataan PAS Selangor kepada media pada semalam. 

PAS Selangor turut membuat laporan polis terhadap kedua-dua individu berkenaan kerana menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Kasim dan David Orok berbaur provokasi dan hasutan.

“Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Selangor mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Siti Kasim yang mendakwa Tuhan tidak pernah memerintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya dan Al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi itu daripada Tuhan. 

Kenyataan itu berbaur hasutan dan berbentuk provokasi. Ini bercanggah dengan ajaran Islam malah menyentuh sensitiviti umat Islam yang mengamalkan ajaran yang jelas berdasarkan pandangan para ulamak dan fuqaha’," kata PAS Selangor kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

“Siti Kasim tiada kelayakan akademik dan tidak ada integriti dalam mengulas hal ehwal Islam, termasuk memberi pandangan tentang kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail,” katanya lagi.

Siti Kasim sebelum ini menjadi sensasi berikutan mengatakan mimpi Nabi Ibrahim untuk menyembelihkan Nabi Ismail sebenarnya tidak datang dari Tuhan dan perkara itu juga tidak terkandung di dalam Alquran malahan korban juga bukan sebahagian dari rukun Islam, lapor portal Menara.my.

Dalam pada itu, di laman facebook beliau, Siti Kasim menyifatkan ahli PAS sebagai dungu kerana mengulas tanpa menyemak fakta (kebenaran penyebaran berita tersebut) sebenarnya. Beliau turut menulis bahawanya portal seperti Menara.my telah memutarbelitkan kenyataan asal yang ditulis beliau. 

David Orok pula sebelum ini telah memberikan penjelasan mengapa dalam kepercayaannya (Kristian) Nabi Ismail tidak dianggap adik-beradik kepada Ishak dan menyifatkan Nabi berkenaan adalah anak di luar pernikahan berikutan lahir dari hasil hubungan dengan hamba abdi.



"Kenapa dalam Islam "ANAK LUAR NIKAH" di Binkan dengan Abdullah dan bukannya ayah kandung kepada anak tersebut? Jawapannya adalah kerana "ANAK LUAR NIKAH" itu TIADA KELAYAKAN dari sudut pandangan agama, di anggap sebagai anak kepada si ayahnya itu tadi! 

Demikian juga halnya dengan ISMAIL dalam konteks pandangan agama. Ibu Ismail adalah HAGAR iaitu seorang WANITA HAMBA ABDI (Budak) yg dimiliki oleh SARA yang merupakan ISTERI SAH kepada Abraham. Abraham meniduri Hagar yg bukan isterinya yg SAH, lalu Hagar melahirkan Ismail. 

Di sini bermaksud Ismail itu anak luar nikah dan tidak layak di binkan dgn Abraham. Cuma Ishak saja yg dilahirkan oleh Abraham dari isterinya yang SAH dapat di Binkan dengan Abraham," katanya di status tersebut. 

Menurut David Orok lagi, di dalam Alkitab (kitab suci bagi penganut Kristian) Ishak dianggap anak tunggal kepada Abraham (Ibrahim) berikutan status Ismail yang lahir dari rahim hamba abdi.

David Orok turut menjelaskan penulisan beliau adalah untuk menjawab persoalan penganut Islam yang bertanyakan soalan kepada beliau di ruangan komen. Beliau memberikan pencerahan berdasarkan kepada ajaran agama yang beliau anuti.

"Atas sebab inilah dalam Alkitab, ISHAK itu di katakan ANAK TUNGGAL bagi Abraham walaupun dia mempunyai saudara tiri yang lain. Maaf! Pos saya ini hanya untuk menjawab persoalan saudara muslim kita," katanya.

Beliau kemudiannya menyambung di status yang lain sambil berkongsikan artikel berita mengenai pendapat Siti Kasim mengenai ibadah korban dengan menulis, “Bagi penganut agama Kristian pula, mereka tidak sudah melakukan upacara korban binatang sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim tersebut.
Ini kerana mesej yang Tuhan mahu sampaikan melalui kisah peristiwa korban oleh Nabi Ibrahim dan anaknya itu, cuma “melambangkan” apa yang akan Tuhan lakukan melalui “pengorbanan Yesus” demi menebus terhadap “hukuman” Allah bagi dosa warisan yang semua manusia warisi dari Nabi Adam dan Hawa, isterinya.”
“Bagi umat Islam pula, disebabkan yang mereka mengaku keturunan Nabi Ibrahim melalui Nabi Ismail, maka mereka mahu juga mewarisi upacara korban tersebut dengan merayakan upacara korban itu tadi sekadar merayakannya saja tanpa mengetahui apa maksud dan tujuannya.” 
“Di dalam Al-Qur’an sendiri pada Surah Al-Haji, ayat 37 menyatakan bahawa daging-daging korban itu tidak pun mendapat apa-apa keredaan dari Allah,” katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...