Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 September 2017

Insiden Pusat Tahfiz - Melayu Hanya Berserah Tetapi Tak Berusaha Mencegah.

Oleh : Arif Atan
Melayu hanya tahu berserah tapi tak usaha mencegah.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah sebut sejurus tragedi bahawa pusat tahfiz terbakar di Kg Datuk Keramat itu buat ubahsuai sampai tutup laluan keluar kedua.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wira Wan Mohd Wan Ibrahim sudah beritahu kita bahawa ramai mangsa terperangkap apabila satu-satunya laluan keluar terhalang.
Tapi ramai pula mereka yang jalur fikirnya malas nak fikir tapi mahu juga berhujah' cakap:
''Dak terbukti budak dadah jahaman tu sabotaj kau nak salahkan pusat tahfiz?', 'Kau ada bagi sumbangan untuk pusat tahfiz ke?', 'Kalau ada 10 pintu pun kalau terbakar pun boleh mati', 'pasar malam, setinggan pun tak selamat boleh terbakar', selain selamba sebut sambil korek hidung kot: 'tunggu pihak berkuasa siasat', 'jangan cari salah orang lain, 'ini semua takdir kalau bising2 nanti seksa mayat di kubur'
Eh, walau terbakar sebab khianat pun, kalau pihak tahfiz utamakan ciri keselamatan tak lah ramai maut sebab terperangkap.
Kenapa tak pikir sumbangan duit yang banyak dapat tu diguna atau tidak untuk pastikan asrama budak-budak menginap tu selamat? Kenapa tak pikir, kalau ada 10 pintu dah tentu peluang untuk penghuni nak selamatkan diri tinggi.
Tak pikir ke pasar malam, setinggan ruang terbuka, rapat macam mana pun setinggan kalau terbakar tidak pernah pula sampai 23 nyawa melayang sekaligus.
Kemudian, bomba tu hanya abam hero dalam drama tengah Maghrib bukan pihak berkuasa ke? Ubahsuai tak ikut pelan asal dah tu, dah buat tak beritahu pula bomba. Itu tak salah ke?
Dah sah pihak pentadbir pusat tahfiz dalam pelan asal kata nak buat dua tangga keselamatan dan tingkat 3 itu dibuat konsep terbuka.
Takkan salah makcik jual jajan di Tasik Taman Datuk Keramat kat belakang pusat tahfiz tu? Lagi satu, kata 'anak-anak syurga', kenapa boleh muncul 'hujah' - 'seksa nanti mayat di kubur'.
Isunya, orang Islam sudah lama diingatkan berusaha dulu sebelum berserah/ tawakal. Tapi pelik tidak terpakai pula dalam isu pusat tahfiz terbakar Khamis lepas.
Pentadbir pusat tahfiz pun selepas ini tidak perlu usaha pastikan ciri keselamatan di tempatnya 'tip top'. Konsep pencegahan dalam konteks keselamatan ketika kecemasan pun bukan lagi (atau tak pernah?) jadi keutamaan orang Melayu.
Tak hairanlah selamba saja pusat tahfiz yang dapat banyak dana daripada pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim itu akan beroperasi semula bulan depan.
Bukan salah penyumbang dana selebriti itu tapi pihak yang menerima dan mengurus dana tiba-tiba vakum daripada dipersoal tanggungjawabnya.
Melayu hanya tahu berserah tapi tak usaha mencegah. Ramai orang Melayu ini nampaknya sanggup membuli Tuhan sebagai kuli untuk menyelesaikan masalah mereka di dunia lebih-lebih lagi isu keselamatan pusat tahfiz.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...