Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 September 2017

Difitnah Menjadi Polis Moral Kepada Warga Africa, Ini Jawapan Untuk MP DAP.

Sejak minggu lepas seorang lelaki telah diserang dan dikritik oleh beberapa pihak yang menyokong pembangkang sebagai 'polis moral' kerana bertindak 'mendakwah' warga asing berketurunan Africa yang tinggal di Flora Damansara.

Lelaki itu dikritik sebagai 'penyibuk, tiada kerja, rasis, cuba menghalau warga asing, bodoh, taliban, merosakkan imej negara', oleh pelbagai pihak di laman sosial terutamanya di komen Facebook.

"Tiada tempat untuk golongan minoriti di kaca mata seorang polis moral yang melantik dirinya sendiri di Flora Damansara, Subang, Selangor," kata Jeff Ooi yang juga Ahli Parlimen Jeluntong. Jeff Ooi mewakili kerusi DAP.



Bagaimanapun kritikan itu tular menjadi isu politik dan perkauman apabila sesetengah dari mereka mula menuduh lelaki itu sebagai membawa agenda tertentu.

Namun dakwaan itu dinafikan oleh ramai penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan. Menurut mereka apa yang berlaku ialah lelaki tersebut sebenarnya tidak menghalau mana-mana warga African ataupun sedang menyebarkan sikap kebencian terhadap warga asing sebaliknya sedang menerangkan apa yang patut dan tidak patut dilakukan oleh seseorang jiran ke atas jirannya yang lain dalam hidup bermasyarakat di negara ini. 

Tambahan pula komuniti African perlu menghormati dan memahami cara hidup, budaya dan amalan masyarakat setempat bagi menyesuaikan diri sebagai hidup seorang perantau dan tidak sepatutnya sewenang-wenang mengamalkan budaya sendiri yang bertentangan dengan cara hidup orang Malaysia. Apatah lagi secara terbuka, dan melibatkan budaya yang tidak sopan.



Bukan berdakwah untuk paksa mereka masuk Islam atau mengamalkan cara hidup Islam mahupun menghalau sebaliknya memberikan edukasi agar kesemuanya faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan sebagai masyarakat.

"Kami mahu anda tidak sesuka hati minum arak di tempat terbuka, atau terlibat dalam pelacuran di Flora Damansara," kata lelaki berkenaan dalam rakaman yang tersebar.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Farith Jamal dipercayai anggota JKKK Flora Damansara yang aktif dalam menanggani masalah komuniti dan bercakap mewakili penduduk setempat. Satu notis turut diedarkan bagi memberikan kefahaman kepada warga asing yang disasarkan.

Beberapa rakaman video lain turut tersebar yang menunjukkan cara hidup warga African yang kurang sopan, menjual arak tanpa lesen, dan berpeleseran secara berkumpulan di satu-satu tempat yang mungkin menakutkan orang awam yang lalu atau tinggal di kawasan berdekatan.

Di halaman Jeff Ooi mendapati kritikannya itu telah tiada dan tidak dapat dipastikan samada beliau telah memadamkan ia ataupun disorok dari pandangan umum.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...