Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 September 2017

Dedah Rahsia, Itulah Bermulanya Hubungan Tegang Antara PAS Dan Rafizi Kata Latheefa Koya.

Oleh : Latheefa Koya

Saya cuba menahan diri dari bercakap tentang isu ini supaya tidak menjadi perhatian orang ramai namun nampaknya gaya saya tidak lagi boleh menahan sabar.

Budak lelaki itu (dipercayai ditujukan kepada Rafizi Ramli) nampaknya semakin lama semakin berpegang kepada taktikal Ponorogo dengan mengeluarkan satu demi satu kenyataan di media; yang mana secara berterusan melanggar arahan parti yang membabitkan isu disiplin dan tata tertib.


Gambar - Free Malaysia Today
Tiada mana-mana parti yang boleh bertolenrasi dengan percubaan seseorang yang sedang merosakkan imej parti dari dalam. Disebabkan itu saya kini telah pun memutuskan untuk mendedahkan beberapa perkara tentang lelaki itu yang mana kebanyakkan dari rakyat Malaysia tidak mengetahui tentang perkara tersebut. 

Episode pertama - Kajang Move (Opss, saya tidak terfikirkan pula hal itu!)

Budak lelaki geng Ponorogo ini sebenarnya seorang yang penipu! (yang suka memperdayakan orang). Ya, dia lah arkitek sebenar kepada Kajang Move yang mana cuba meletakkan kesalahan ke atas bahu Ambiga sedangkan Ambiga la pihak yang menentang idea Kajang Move pada ketika itu.

Dia tidak boleh memperbodohkan saya, kerana saya berada disitu sejak dari mula lagi di sepanjang keseluruhan cerita ini.

Kenapa Kajang Move itu berlaku? Kerana dia mahu menghalang Azmin Ali yang juga seorang ADUN dari menjadi Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Kita sepatutnya boleh mengelak dari kekacauan yang maha dahsyat ini jika bukan kerana ideanya itu. Anwar juga mungkin masih bersama kita jika bukan kerana Kajang Movenya itu.

Dia dan orang kuatnya merancang keseluruhan idea Kajang Move secara rahsia tanpa penglibatan dan ataupun kelulusan dari parti. Malahan Biro Politik juga tidak mengetahui tentang hal tersebut (ketika dalam perancangan). Mereka (Rafizi dan orang-orangnya) berjaya menyakinkan Anwar dengan mempengaruhi beliau bahawanya DAP dan PAS juga bersetuju dengan keseluruhan idea Kajang Move. Sedangkan pada hakikatnya, PAS langsung tidak pernah bersetuju dengan ideanya (Kajang Move).

Orang kuatnya (dipercayai Saifuddin Nasution) telah ke Kelantan dan mengatakan telah pun mendapat persetujuan (restu) daripada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz (Al Fatihah) tentang perancangannya itu - sedangkan hakikatnya apa yang Tuan Guru Nik Aziz katakan pada ketika itu ialah berikan kesemua bukti dokumentasi (salahlaku) kepada beliau untuk diteliti bagi mewajarkan tindakan memecat (buang) Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. 

Sebaliknya apa yang si pelawak (joker) dan orang kuatnya buat ialah mengadakan roadshow satu Malaysia dengan membawa dalil-dalil kenapa Tan Sri Khalid Ibrahim patut dipecat sebagai Menteri Besar Selangor. Disebabkan dalil-dalil (dokumen) itu lah akhirnya orang kuatnya disaman dan dengan tebal mukanya terpaksa memohon maaf di mahkamah.

Satu perkara yang memang pasti lagi sahih dan fakta ialah Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS tidak pernah bersetuju dengan idea itu. Apa yang budak-budak ini (sebagai balasan) buat sebaliknya mendedahkan pada PRU ke 13 dulu, Tuan Guru Hadi Awang tidak pernah bersetuju untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sebaliknya beliau mahukan Ku Li (calon) sebagai Perdana Menteri Malaysia (wakil Pakatan Rakyat). Sedangkan membocorkan rahsia seperti ini adalah tidak perlu, dan inilah permulaannya rasa kemarahan yang teramat di antara PAS (Hadi) dengan Rafizi.

Satu forum kecil diadakan di UBU - pro Kajang Move dan anti Kajang Move seperti PSM berada di dalam forum tersebut. Walaupun kami semua tidak bersetuju tetapi atas nama solidariti rakan separti, rakan seperjuangan kami kesemua hadir ke situ untuk menyokongnya (idea Rafizi). Dia tidak mampu menyakinkan hampir kesemua orang yang hadir ke forum tersebut dan mengalirkan air matanya. Selepas itu kami ke Bangsar untuk minum teh di Dev's Corner. Saya kemudiannya mengajukan soalan kepadanya (Rafizi). 

"Hey, apa yang akan berlaku jika Anwar didapati bersalah dalam kes rayuannya (perbicaraan liwat II)?".

Dia (Rafizi) kemudiannya membalas, "Opss maaf, saya tidak terfikir sampai ke situ pula," jawabnya kepada saya. Adakah beliau sekarang akan menafikan bahawanya beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu kepada saya suatu ketika dahulu??

Pada ketika itu juga, Ambiga secara terbukanya mula mengecam idea Kajang Move, malahan bersungguh-sungguh menentangnya. Rafizi kemudiannya berpura-pura meminta maaf secara terbuka dan berjanji akan membuat penjelasan kepada orang ramai (terutamanya kepada penyokong pembangkang). 

Namun kini, semua nadanya berubah. Dia mendakwa kononnya Ambigalah yang memberikannya beberapa dokumen, seperti cuba membayangkan seolah-olah Ambiga juga terbabit dalam perancangan Kajang Movenya itu, sedangkan hakikatnya Rafizi lebih dari tahu bahawanya Ambiga bukan sahaja tidak pernah terlibat dalam idea Kajang Move bahkan langsung tidak pernah terlibat dalam sebarang urusan dalaman (PKR) ataupun ada kaitan dengan sebarang agenda parti (PKR).

Nota : Penulisan ini dialihbahasa oleh Amenoworld untuk tujuan sebaran di blog. Penulisan asal adalah dalam bahasa inggeris di facebook Latheefa Koya, peguam dan pengasas bersama LFL.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...