Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 September 2017

Biar Kami Amalkan Budaya Masing-Masing, Jangan Haramkan Festival Beer Kata MP Pembangkang.

1. Kami membaca laporan berkenaan penolakan permohonan “Better Beer Festival 2017” dengan terkejutnya, kerana DBKL tidak memberi apa-apa alasan terhadap penolakan permohonan aktiviti tersebut.
2. Mengikut laporan akhbar, aktiviti ini pernah diadakan di Pada 2012, ia diadakan di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan kehadiran 200 pengunjung. Ini diikuti pada 2016 di Publika Shopping Gallery, dengan menyediakan 150 jenama arak dan dihadiri 3,500 orang.
3. Selama ini acara-acara seperti ini telah diadakan tanpa mengganggu mana-mana pihak dan mencetuskan apa-apa masalah.
4. Adalah jelas sasaran dan pengunjung “Better Beer Festival 2017” bukannya orang Melayu, tetapi ia tertuju kepada pengunjung dan peniaga bukan Islam dan juga pelancong asing.
5. Dalam perhimpunan Patriotik Cina Malaysia pada 16 September 2017, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib berjanji untuk menjamin hak semua kaum. Beliau juga beri jaminan hak kaum Cina akan dipertahankan.
6. Kami berpendapat “mempertahankan hak” bererti menjamin kebebasan semua kaum mengamalkan budaya masing-masing, kerana ini adalah kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak dalam Perlembagaan 1957 dan juga Perjanjian Malaysia 1963.
7. Kami rasa kesal kerana kerajaan tempatan seperti DBKL cuba alih pandangan dengan berlagak jadi jaguh agama. Tindakan DBKL ini memang tidak prihatin dan kelihatan tunduk dengan permainan parti politik serta tidak mempedulikan semangat muhibah pelbagai kaum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
8. Pembatalan acara ini juga akan menjejaskan industri pelancongan Malaysia. Ramai pelancong asing akan takut datang ke negara kerana kerajaan Malaysia dianggap sama dengan rejim yang tidak membenarkan kebebasan.
9. DBKL perlu sedar bahawa ia memberi perkhidmatan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Ia juga berperanan menggalakkan pelancongan negara kerana Kuala Lumpur ialah ibukota Malaysia.
10. Kami mencadangkan Menteri Wilayah Persekutuan supaya mengarahkan DBKL untuk menarik balik penolakan permohonannya. Malah Kementerian dan DBKL boleh membantu menjaga keselamatan acara itu dengan memberi kerjasama dengan pihak penganjur.
11.Kami juga memohon kerjasama Menteri Pelancongan untuk menyelesaikan isu ini dengan baik.
12. Seruan kami ini adalah sejajar dengan ucapan Perdana Menteri dalam Perhimpunan Patriotik Cina Malaysia yang dianjurkan oleh MCA, iaitu Perdana Menteri haruslah membuktikan bahawa jaminan hak kepada semua kaum termasuk masyarakat bukan Islam adalah janji sebenar dan bukannya janji palsu.
Kenyataan Bersama Oleh :
1. YB Tan Kok Wai - MP Cheras
2. YB Fong Kui Lun - MP Bukit Bintang
3. YB Teresa Kok - MP Seputeh
4. YB Datuk Dr Tan Kee Kong - MP Wangsa Maju
5. YB Lim Lip Eng - MP Segambut

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...