Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 September 2017

Better Beer Festival 2017 - Ini Kenyataan Media Amanah.

AMANAH MENYOKONG PEMBATALAN PERMOHONAN PENGANJURAN BETTER BEER FESTIVAL 2017 KL
DBKL sudah menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara yg dijadual pada 6 - 7 Okt 2017. Atas pelbagai premis, haram dari sudut Islam, sensitif dari sudut sosial, mudarat dari sudut kesihatan, juga tidak selari dgn ruh kedudukan Islam selaku agama persekutuan, semua pihak menyambut baik dan menyokong penuh keputusan itu.
2. Sewajarnya festival sebegitu tidak dianjurkan lagi pada masa akan datang oleh mana-mana pihak. Bantahan yg dikemukakan oleh pelbagai pihak, bukan saja untuk kali ini, tetapi untuk acara yg sama dua kali sebelum ini membuktikan secara jelas rakyat negara ini menolak penganjuran acara negatif sebegitu.
3. Semua peraturan yang ada di bawah bidangkuasa pihak berkuasa tempatan, atau enakmen yg terpakai di peringkat negeri perlu dikuatkuasakan untuk memastikan acara sebegini tidak berlangsung lagi pada masa akan datang. Alasan-alasan yg dikemukakan oleh pelbagai pihak sudah cukup untuk membuka mata penganjur bahawa acara negatif itu ditolak oleh segenap lapisan rakyat secara tegas.
4. Pada masa yg sama, masyarakat perlu dididik dan disedarkan tentang mudarat arak (alkohol) dari pelbagai sudut. Ketagihan alkohol juga bukanlah sesuatu yg baik utk proses pembinaan sebuah negara madani. Tentulah tindakan mencegah lebih baik daripada merawat, apatah lagi apabila ia sudah sampai ke tahap kronik.
5. Para pemimpin politik pula, sama ada pihak yg memandang penganjuran acara ini dari sudut keluasan ruang demokrasi, atau yang melihatnya dari sudut kerosakan moral, seharusnya lebih berhemat dalam mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak mengundang keresahan umum dengan isu-isu sensitif sebegini. Isu-isu sensitif sebegini memerlukan kehemahan bertahap tinggi utk ditangani supaya tidak menatijahkan implikasi buruk yg lebih besar.
6. Marilah kita memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki negara ini daripada terus berdepan dgn pelbagai kerosakan hasil bikinan tangan pemimpin Umno/BN. Momentum gerakan rakyat untuk menolak Umno/BN dalam PRU akan datang tidak wajar direncatkan dengan pelbagai isu-isu yg bersifat provokasi bertujuan memberi nafas kepada Umno/BN utk menyambung hayat kuasanya yg semakin nazak.
7. Sekalung tahniah kepada DBKL dan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat Malaysia yg bersuara membantah festival arak berkenaan. Negara ini milik kita, dan kitalah pencorak masa depannya.
ZOLKHARNAIN ABIDIN
Pengarah Hal Ehwal Syariah
Parti Amanah Negara

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...