Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 September 2017

Benar Festival Arak, Azmin Dakwa Utusan Penipu, Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang.

KENYATAAN MEDIA
25 SEPTEMBER 2017

MENTERI BESAR SELANGOR AKAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP UTUSAN MALAYSIA BERHUBUNG DAKWAAN PALSU BAHAWA BELIAU MEMBENARKAN FESTIVAL ARAK & MENGABAIKAN NASIHAT KESELAMATAN

Adalah satu pembohongan nyata bahawa Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali membenarkan festival arak dan mengabaikan nasihat polis seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia pada muka hadapan akhbar terbabit. Kami mencabar Utusan Malaysia mengemukakan bukti Menteri Besar Selangor pernah berkata demikian. 


 
Laporan palsu dan tidak jujur itu menunjukkan Utusan Malaysia terus menjadi lidah UMNO untuk berbohong dan mengelirukan rakyat. 

Dato' Seri Azmin yang kini dalam lawatan kerja di India, sudah mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan satu notis tuntutan terhadap Utusan Malaysia. Beliau menuntut penarikan berita tanpa bersyarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi daripada Utusan Malaysia. 

Seperti yang dinyatakan Menteri Besar dalam kenyataan terdahulu, sebarang keputusan berhubung isu berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan hendaklah mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditetapkan. 

Beliau tidak akan mendahului Pihak Berkuasa Tempatan membabitkan perkara itu. Sebagai Menteri Besar, memang menjadi tanggungjawabnya untuk menegak dan mematuhi undang-undang, undang-undang kecil dan prosedur Kerajaan Negeri. 

Pendirian Kerajaan Negeri ialah sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, bukan sahaja perlu menghormati hak dan agama masyarakat lain, tetapi juga perlu mempertahankan hak mereka dan itu adalah dasar Kerajaan Negeri. 

Kejujuran, integriti dan keadilan menyokong pendekatan kami kepada kerajaan mesra rakyat di Selangor. 

YIN SHAO LOONG
Pengarah Komunikasi Strategik
Pejabat Menteri Besar Selangor

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...