Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 10 September 2017

Alat Jimat Minyak, Husam Musa Dikutuk Kaw-Kaw, Netizens Kata AMANAH Penipu..

"Pagi ni kita akan masukkan alat ni dalam tangki motor. Tujuannya untuk jimatkan penggunaan minyak motor, sekarang ini harga minyak pun mahal. Budak-budak motor duit dia tak banyak.
"Yang kedua alat ini boleh kurangkan asap. Asap ini adalah tanda bahawa minyak tidak dibakar habis.

“Kerana itu jadi asap dan kemudian ada bekas asap yang hitam dipanggil karbon,"
memetik kata-kata Naib Pengerusi Amanah, Datuk Husam Musa dalam satu video yang disebarkan di page PW community di laman Facebook. 
Page PW Community adalah kelahiran semula page Pseudoscience Watch yang terkubur kerana dilapor secara beramai-ramai oleh pengkritik page berkenaan. Page itu ditubuhkan bagi melawan penipuan oleh pihak tertentu terutamanya membabitkan perkara-perkara yang berkaitan sains dan MLM. 
Page itu mempersoalkan alatan yang diperkenalkan Husam yang kononnya boleh menjimatkan penggunaan petrol terutamanya dikalangan pengguna motorsikal. 

Berkongsikan video tersebut pada 8 September lepas, Husam mendakwa alat yang diperkenalkannya itu mampu menjanakan tahap kuasa enjin motorsikal sepenuhnya dan impaknya pengguna dapat menjimatkan penggunaan petrol.
"Enjin kapasiti dengan kuasa pun tertukar, dia mungkin la tak reti sains, orang-orang kat sekeliling dia pun, tak akan takde yang celik sains sikit? Atau jenis kaki bodek juga?" sindir admin PW Community di ruangan komen.


Respon netizens
"Ohh ingatkan kami nak kena nasihat dia supaya jangan tertipu dengan produk Pseudoscience.

Rupa-rupanya kami kena dapatkan nasihat dia pasal product pseudoscience ni...?


Dato Haji Husam Musa, tolong la nasihatkan kami pasal produk ni. Macam mana molekul minyak boleh jadi bulat dan solid? Serta macam mana kapcai tu boleh dpt power 115hp?,"
tambah admin itu lagi.
Dapat diskaun
Dalam pada itu terdapat beberapa netizens yang mengkritik Amanah kerana cuba menipu orang ramai dengan niat untuk mendapatkan keuntungan.
Husam Musa dipetik sebagai berkata dalam video yang tular  bahawanya akan mengedarkan alat tersebut secara diskaun andaikata Pakatan Harapan memenangi pilihanraya kelak.


"Dan kita nak laporan sejauh mana berkesan alat ini, sekiranya berjaya insya-Allah Pakatan Harapan akan mengedar alat ni secara diskaun kepada anak-anak muda bermotor di negeri Kelantan supaya kita boleh menjimatkan petrol, kurangkan asap, kurangkan karbon dan menjaga motosikal kita dengan baik," katanya.
"Insya-Allah secara 100 peratus. Ini bukan magik, ini adalah alat sains. Di mana molekul-molekul minyak (petrol) menjadi bulat, menjadi solid lalu dibakar sepenuhnya sehingga meningkatkan prestasi motosikal.
"Kita tidak boleh meningkatkan kuasa kuda motosikal tapi bila minyak tidak dibakar habis sebahagian daripadanya, kuasa motor itu tidak di dijanakan sepenuhnya," katanya lagi.
Tahan 15 tahun tapi baru nak uji?
Selain dipersoalkan kerana tidak logik dan cubaan mengambil keuntungan, netizens turut mempertikaikan kenyataan Husam yang mendakwa alat tersebut boleh bertahan selama 15 tahun.
"Walaupun 115 kuasa kuda tetapi kita hanya boleh laju mungkin boleh sampai 90 kuasa kuda atau 100. Kalau 115 kuasa kuda jadi 115 kerana itulah minyak dijimatkan. Kotoran tidak dikeluarkan dan kita akan rasa lebih kuasa, lebih power," kata Husam dalam video itu.
"Jadi adik-adik guna alat ini. Alat ini boleh bertahan selama 15 tahun. Enjin pun akan terjaga dengan baik. Kerana bila enjin bersih, dia akan menjaga baik," jelas Husam yang mendakwa keberkesanan alat tersebut yang mampu bertahan sehingga 15 tahun lamanya.
"Apa bukti yang dia ada untuk cakap boleh tahan sampai 15 tahun? Dia dah guna ke? soal Mhek Mhok dalam komen yang dipetik dari page PW Community.
"Mula-mula dia cakap baru nak uji lepas tu boleh guna sampai 15 tahun pula. Terasa ku kebodohan dengar dia merepek," kata Sitie pula. 
Penjelasan AMANAH
Menjawab kritikan netizens, Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan menjelaskan bahawanya beliau, Husam Musa ataupun AMANAH sebenarnya tidak menjual alat tersebut kepada orang ramai ataupun cuba mengambil sebarang keuntungan ataupun terlibat dalam aktiviti scammer (penipuan).
Malahan katanya lagi, alat tersebut hanya di peringkat ujian seperti yang dijelaskan oleh Husam Musa di dalam video tular sebelumnya. Semua ini dakwanya adalah kerana mahu menjaga ekosistem Kelantan.
Hazmi Hassan ataupun lebih dikenali dengan nama Jeming Hassan turut mengatakan pihak AMANAH menerima secara terbuka ke atas semua kritikan yang dilemparkan terhadap parti berkenaan walaupun agak keras.
"Berkenaan dengan komen-komen pakar sains, saya hormati terma-terma, mereka lebih pakar, saya hormati. Benda yang Husam bawa hari itu bukan untuk Husam jual. Misi kami bukan untuk berniaga sebaliknya misi kami adalah untuk menjadikan Kelantan bersih. 
"Yang anda nak kritik kata berkenaan 15 tahun tu, kami terima. Itu yang disampaikan oleh mereka," jelasnya dalam satu rakaman video yang dibuat untuk menjelaskan kritikan yang diterima.
"Alat ini kami tidak jual, kami cuba, kami test dulu. Methodologi kami adalah untuk mengkaji dahulu, sahabat-sahabat boleh bagi cadangan lain, alat-alat lain, tiada masalah, kita boleh cuba.
"Berkenaan horse power semua tu, kami bukan nak mengajar teori, cikgu sains boleh mengajar dengan baik, kami silap, kami minta maaf," katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...