Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 Ogos 2017

Usul #RUU355 Tangguh Lagi!! - Sampai Bila???

Perbahasan usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ditangguhkan lagi lapor Malay Mail Online sebentar tadi. Sebelum ini, pada April lepas, usul meminda rang undang-undang (RUU) Akta 355 juga pernah ditangguhkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pembentangan usul yang sama itu juga pernah melalui episode penangguhan pada sidang Parlimen Mei dan November 2016 lepas, atas permohonan yang dikemukakan oleh pencadangnya, Hadi, ahli parlimen Marang yang juga Presiden kepada parti PAS. 

Usul #RUU335 hari ini pada awalnya disenaraikan dalam perkara ke 10 untuk dibahaskan oleh Ahli Parlimen dan kemudiannya dimasukkan sebagai perkara keenam selepas empat rang undang-undang diumum akan ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat akan datang. 

Gambar - Malay Mail
Bagaimanapun Timbalan Menteri Datuk Razali Ibrahim mencadangkan sidang hari ini hanya berakhir selepas lima rang undang-undang kerajaan diluluskan. 

Menurut portal itu lagi, lima RUU yang diluluskan termasuklah bacaan kedua dan ketiga untuk RUU Angkatan Tentera (Pindaan) dan RUU Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan). Tiga lagi berkaitan usul mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), duti kastam dan duti eksais yang dibawa Kementerian Kewangan. 

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sidang parlimen akan ditangguhkan kepada suatu tarikh akan ditetapkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...