Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Ogos 2017

SPRM Sahkan Isa Samad Suspek Dan Bukannya Saksi, Peguam Isa Kantoi Kaw-Kaw.

Semalam, peguambela kepada Tan Sri Isa Samad, Datuk K. Kumaraendran, mengeluarkan satu kenyataan kepada pihak media untuk menjelaskan bahawanya Isa, anak guamnya ditahan kerana untuk membantu siasatan dan bukannya menjadi suspek dalam kes itu.

Isa Samad
Kenyataan oleh Datuk K. Kumaraendran itu kemudiannya menjadi viral di laman sosial oleh netizens yang mengikuti perkembangan kes siasatan Isa Samad dan menguatkan lagi dakwaan cakap-cakap orang politik bahawanya SPRM sedang bermain wayang dikala PRU ke 14 bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Datuk K Kumaraendran mengeluarkan kenyataan itu selepas Isa dibebaskan daripada reman pada 20 Ogos lepas.

Isa Samad Ditahan SPRM
Peguam Bela Isa Samad
Bagaimanapun, SPRM siang tadi telah tampil menafikan kenyataan oleh peguambela Tan Sri Isa Samad dan membuat pengesahan kepada pihak media bahawanya Tan Sri Isa Samad sememangnya seorang suspek dalam kes pembelian dua hotel oleh anak syarikat agensi kerajaan itu, Felda Investment Corperation Sdn Bhd (FIC).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki berkata seseorang yang ditahan dan direman, ia bermakna individu terbabit sedang disiasat.
"Jika kamu ditangkap atas sebab sesuatu dan majistret membenarkan reman, bermakna seseorang itu di bawah siasatan.
"Tentulah seseorang itu jika ditahan, dia adalah suspek (SPRM)," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Putrajaya hari ini. 

"Saya fikir sesetengah orang mungkin perlu membuat kajian jenayah. 

"Apabila kami menahan dan mereman seseorang itu menunjukkan dia disiasat. Jika kamu ditahan, kamu adalah suspek saya," katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...