Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Ogos 2017

Saya Tiada Wang Sebanyak 2 Juta Kata Phee Boon Soh.

Ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang, hari ini menafikan bahawa beliau mempunyai wang RM2 juta di dalam akaunnya yang didakwa telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia lapor Malaysiakini.
Sambil menyatakan rasa terkejutnya semasa membaca laporan itu dalam apa yang digambarkannya sebagai akhbar "kawalan BN", beliau berkata “pembohongan terancang” itu bertujuan untuk merosakkan reputasi dan menamatkan kerjaya politiknya.
Beliau merujuk laporan yang diterbitkan di akhbar arus perdana yang memetik sumber SPRM bahawa akaun bank Phee yang didakwa mengandungi RM2 juta telah dibekukan.
"SPRM harus menyatakan dengan jelas sama ada maklumat tersebut dimaklumkan atau dibocorkan kepada akhbar, atau mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukannya," kata Phee pada sidang akhbar hari ini.
"Saya tidak pernah diberi notis atau dmaklumkan oleh SPRM bahawa akaun saya telah dibekukan," kata ADUN Sungai Puyu itu.
"Peguam saya RSN Rayer cuba berjumpa SPRM hari ini tetapi mereka bahawa mereka sibuk dan akan berjumpa dengan saya pada hari lain," kata Phee yang bertanggungjawap mengendalikan portfolio persekitaran, kebajikan dan masyarakat penyayang.
Phee turut menafikan beliau mempunyai RM2 juta di dalam akaun bank, dan berkata pihak media yang menerbitkan laporan itu tidak bercakap dengannya.
Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis undang-undang kepada media kawalan BN berkenaan demi melindungi keluarga dan membersihkan namanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...