Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 Ogos 2017

Lim Guan Eng Pegang Banyak Jawatan, DAP Tak Kritik Pula Soal Aktivis.

Dua hari lepas, portal Free Malaysia Today melaporkan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Terasa Kok yang mempersoalkan kemampuan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Irwan Serigar Abdullah yang memegang banyak jawatan dalam GLC, mampukah beliau memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dalam jawatan-jawatan yang disandang oleh beliau, kata Teresa Kok.
Teresa juga bertanyakan tentang bayaran yang diterima oleh Irwan Serigar atas kesemua jawatan-jawatan yang disandangnya menerusi satu sesi perbahasan di Parlimen. Menurut Teresa Kok lagi, satu-satu elaun boleh mencecah sehingga 3,000 Ringgit Malaysia bagi sekali kehadiran.
Soalan Teresa Kok di Parlimen itu juga tidak dijawab secara terperinci, di mana Kementerian Kewangan tidak mendedahkan butiran pembayaran yang diterima oleh Irwan Serigar sebaliknya hanya memaklumkan pendapatan yang diterima oleh Irwan adalah selari dengan risiko yang beliau perlu tanggung sebagai Pengarah. 
Dalam laporan yang sama Free Malaysia Today menyebut, menurut info yang diterima, kebiasaannya jawatan Pengarah bukan ekskutif tidak mempunyai pendapatan tetap seperti gaji tetapi menerima faedah tertentu, elaun bulanan dan bayaran hadir mesyuarat yang biasanya diadakan setiap 2,3 bulan sekali. 
Persoalan yang dibangkitkan oleh Teresa Kok itu mendapat perhatian daripada seorang aktivis politik yang mempertikaikan pembangkang bekerjasama dengan Mahathir baru-baru ini iaitu Muhammad Harris Nasril. Berikut adalah respon beliau terhadap isu yang dibangkitkan oleh DAP itu.
Baru-baru ini pemimpin DAP mengkritik Irwan Serigar, ketua setiausaha kementerian kewangan yang memegang sekurang-kurangnya 20 jawatan dalam entiti kerajaan dan GLC.

Mereka mempersoalkan sama ada Irwan dapat memainkan peranan pelbagai dengan berkesan.
"Bagaimana seseorang boleh memegang banyak jawatan pengarah? Menjadi ketua setiausaha di kementerian dengan sendiri sudah sibuk. Jadi bagaimana dia boleh memainkan peranan pengarahnya dengan berkesan dalam banyak GLC?," soal Teresa Kok.
Tony Pua pula menekan Irwan supaya mendedahkan jumlah wang yang diterima selaku pengarah di pelbagai agensi.
"jika kedudukannya sebagai ketua setiausaha perbendaharaan memerlukan beliau duduk di lembaga GLC, beliau tidak boleh menerima bayaran daripada syarikat terbabit," tambah Tony Pua.
Saya sangat setuju dengan saranan Teresa Kok dan Tony Pua ini. Walaubagaimanapun, saya berharap mereka turut mempersoalkan boss mereka, Lim Guan Eng yang memegang jawatan pengerusi 19 GLC kerajaan negeri Pulau Pinang. Takkan gajah depan mata tak nampak? Berapa gaji dan elaun yang diterima Guan Eng?
Jawatan Pengerusi yang dipegang oleh Lim Guan Eng :
1. Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
2. Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
3. Pengerusi PBA Holding Berhad
4. Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera
5. Pengerusi Invest Penang
6. Pengerusi Penang Global Tourism Sdn Bhd
7. Pengerusi PGC Strategies Sdn Bhd
8. Pengerusi PICEB Sdn Bhd
9. Pengerusi PYDC Strategies Sdn Bhd
10. Pengerusi Lembaga Muzium Negeri
11. Pengerusi Penang Science Cluster
12. Pengerusi Penang Stem Sdn Bhd
13. Pengerusi Penang Future Foundation
14. Pengerusi BPO Premier Sdn Bhd
15. Pengerusi Premier Horizon Ventures Sdn Bhd
16. Pengerusi PDC Telecommunication Services Sdn Bhd
17. Pengerusi George Town World Heritage Incorporated
18. Pengerusi Penang Tecn Centre Bhd
19. Pengerusi Lembaga Pengarah Penang Institute
-----------------
Selain mendedahkan jawatan-jawatan yang dipegang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, individu itu turut mendedahkan jawatan-jawatan yang dipegang oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
Berikut merupakan 15 jawatan Pengerusi yang dipegang oleh Azmin Ali. Berapa pula gaji dan elaun yang diterima beliau? Teresa Kok dan Tony Puatak mahu tanyakah?

Takkan bila kawan sendiri pegang jawatan berderet-deret, kamu membisu. Bila lawan buat perkara yang sama, kamu membebel siang dan malam. Mana transperansi?
Patutlah selama ni azmin ali tak berani nak isytiharkan harta dia! 7 keturunan pun tak habis!



1. Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
 


2. Pengerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
 


3. Pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
 


4. Pengerusi Lembaga Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
 


5. Pengerusi Amanah Yayasan Selangor
 


6. Pengerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
 


7. Pengerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad
 


8. Pengerusi Tourism Selangor Sdn Bhd.
 


9. Pengerusi Communication Corporation Sdn Bhd
 


10. Pengerusi Pendidikan Industri YS Sdn Bhd
 


11. Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad
 


12. Pengerusi Invest Selangor Berhad
 


13. Pengerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
 


14. Pengerusi Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor
 


15. Pengerusi UNISEL

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...