Channel Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia PRU14

Rabu, 16 Ogos 2017

Jiunjiang Bridge Runtuh Selepas 9 Bulan Ia Siap Dibina Oleh CCCC.

Oleh : Fuziah Salleh


Upacara pecah tanah untuk ECRL baru sahaja di laksanakan di Kuantan minggu lepas.
Namun syarikat CCCC yang dianugerahkan projek kontroversi pembinaan rel keretapi paling mahal di dunia ini telah disenaraihitam oleh beberapa buah negara, dan juga disenaraihitam oleh Bank Dunia kerana terlibat rasuah.
Mengapa pula agaknya kerajaan Malaysia membuat keputusan besar memberi projek ini kepada CCCC tanpa proses tender terbuka?
China Communications Construction Company (CCCC) yang dianugerahkan projek ECRL dengan kos anggaran RM55 Billion adalah sebuah syarikat yang telah disenaraihitamkan oleh beberapa buah negara.
Persoalannya kenapa syarikat yang bermasalah dan mempunyai rekod-rekod pembinaan yang buruk ini dipilih secara runding terus .
Pemilihan projek yang melibatkan skala yang besar sepatutnya dibuat atas beberapa kriteria tertentu supaya projek tidak mendatangkan masalah kepada negara lebih -lebih lagi projek yang melibatkan pengangkutan awam.
Agensi berita Bloomberg melaporkan China, sejak 2007 hingga 2012, telah mengalami sekurang-kurangnya 18 jambatan runtuh yang mengakibatkan 135 kematian.
Salah satu jambatan terpanjang iaitu jambatan Jiunjiang Bridge di Utara China yang dibina CCCC runtuh selepas hanya 9 bulan ia siap dibina.
Antara maklumat yang ditemui melalui carian atas talian adalah antara maklumat seperti berikut;
Pada 29 Julai 2011, Bank Dunia telah menyenaraihitamkan CCCC dan kesemua anak-anak syarikatnya dari dibenarkan untuk mendapatkan sebarang bentuk pinjaman menerusi Bank Dunia mahupun agensi berkaitan Bank Dunia kerana amalan penipuan.
Amalan yang membahayakan keselamatan itu ditemui dalam projek berskala besar iaitu Fasa Satu, Penambahbaik & Pengurusan Projek Lebuhraya Nasional, Filipina.
Bank dunia telah menyenaraihitamkan (debarment) CCCC selama 8 tahun dari 12 Januari 2009 hingga 12 Januari 2017, atas dakwaan mengamalkan penipuan (fraudulent practices).
Ia adalah kerana CCCC adalah entiti pelaksana yang ditetapkan (designated successor entity)
kepada China Road and Bridge Corporation (CRBC) yang terbabit dengan pembinaan jalanraya dan jambatan.
CCCC juga disenaraihitamkan oleh Bank Pembangunan Afika (African Development Bank) dan beberapa bank lain termasuk, Asian Development Bank, Inter-American Development Bank, European Bank for Reconstruction and Development.
Syarikat itu juga dilaporkan termasuk dalam dua senarai hitam di Amerika Syarikat berkaitan projek landasan keretapi Iran-Armenia.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...