Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 Ogos 2017

Isa Samad Ditahan SPRM.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) lapor portal The Star.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. 

Isa Samad
Sumber berkata, Mohd Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 2.40 petang Selasa untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian hotel berkenaan antara 2014 dan 2015 itu. 

Beliau berkata, penahanan itu merupakan tindakan susulan hasil keterangan yang telah dirakam pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel tersebut sebelum ini. 

"SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan itu supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tersebut," kata Azam. 

Terdahulu, bekas pembantu khas Mohd Isa, Muhammad Zahid Md Arip dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil direman berhubung kes berkenaan. 

Dilaporkan, FIC dikatakan membeli sebuah hotel di Kengsington, London pada harga yang tinggi, RM330 juta sedangkan nilai sebenar dikatakan berharga RM110 juta. 

Pembelian sebuah hotel di Kuching pada nilai RM160 juta turut dikatakan bernilai lebih RM50 juta daripada nilai sebenar.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...