Rabu, 9 Ogos 2017

Dulu Kata Rock Semua Maksiat, Tapi Sekarang.. Hukum Dah Berubah Ke? Bekas Penganjur Konsert Kepada PAS.

Bekas penganjur konsert rock di negeri Pahang yang dikenali dengan nama Fahrin Badry,  pada 7 Ogos lepas telah menulis satu kritikan terbuka di laman Facebook beliau yang ditujukan ikhlas buat parti PAS.

Facebook - Fahrin Badry
Beliau melahirkan rasa pelik kerana PAS pada masakini mengangkat dan menjemput artis-artis rock ke atas pentas PAS sedangkan pada masa lampau, PAS amat mengecam artis-artis rock sehingga sanggup berdemo bagi menghalang penganjuran konsert rock, katanya. 

"Dulu sekitar tahun 1998 orang PAS berhimpun dan cuba batalkan konsert rock yang saya anjur di sebuah Felda di Pahang - Konsert Real XPDC masa tu (lineup Mael, Fareez Undertaker, Joe, Adeq). Mereka kata rock ini semua maksiat. Ini semua poyo. Walaupun ketika itu permit polis dah ada, tax hiburan pun dah bayar kepada MPK, pagar, stage dan sound system semua dah siap pasang, deposit artis pun dah bayar".

"Semua dah bersedia tetapi oleh kerana saya tidak mahu lawan PAS, saya jumpa Ketua Polis Kuantan masa tu minta bantuan hantar anggota supaya tidak berlaku rusuhan penonton di tapak konsert apabila saya buat keputusan untuk membatalkan konsert itu walaupun saya akan kerugian RM50ribu," katanya di status tersebut.

Beliau turut mempersoalkan apakah PAS sudah hilang pengaruh sehingga sanggup bersama-sama artis rock yang pernah ditolak oleh mereka dahulu, bahkan sampai ke tahap menodai prinsip perjuangan parti.

"Hari ini saya dah tak buat konsert rock lagi, saya dah ubah aktiviti saya kepada ibadah ok, yang PELIK wakil-wakil rakyat PAS pulak yang sibuk nak angkat dan jemput artis rock atas nama talkshow dan sebagainya. Hihihi, kenapa ni ya? Apa sudah jadi ni. Dah hilang pengaruh ke sampai nak kena panggil artis yang sebelum ini mereka gelar ejen maksiat untuk menarik orang ramai. Prinsip sendiri pun mahu dinodai?," soalnya. 

Fahrin kemudiannya menutup kritikan tersebut dengan hashtag #hukumdahberubahke? yang membuatkan ramai netizens beranggapan ia adalah sindiran yang tajam kepada parti PAS.

Respon-respon netizens;




Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...